Home Ekonomi Malaysia di kedudukan ke-30 dalam Indeks Hak Milik Antarabangsa
Ekonomi

Malaysia di kedudukan ke-30 dalam Indeks Hak Milik Antarabangsa

Malaysia di kedudukan ke-30 dalam Indeks Hak Milik Antarabangsa

Malaysia menduduki tangga ke-30 daripada 125 negara dalam Indeks Hak Milik Antarabangsa (IPRI) 2024 / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 4 November – Malaysia menduduki tangga ke-30 daripada 125 negara dalam Indeks Hak Milik Antarabangsa (IPRI) 2024, naik satu tangga berbanding tahun lalu dengan skor keseluruhan 6.191 mata.

Negara mencatat skor baik dalam perlindungan fizikal dan hak harta intelek, masing-masing di kedudukan ke-27 dan 26.

Namun, skor untuk persekitaran undang-undang dan politik kekal rendah pada 5.492, meletakkan Malaysia di tangga ke-45.

Indeks yang diterbitkan oleh Perikatan Hak Milik, Amerika Syarikat (AS) itu juga mengekalkan Malaysia di tempat ketujuh di peringkat serantau.

Center for Market Education menyarankan Malaysia meningkatkan kedudukan dengan memperkukuh perlindungan hak harta fizikal, kestabilan politik, dan kebebasan kehakiman.

Related Articles

Parkson Credit terbit sukuk wakalah pertama bernilai RM1 bilion
Ekonomi

Parkson Credit terbit sukuk wakalah pertama bernilai RM1 bilion

PARKSON Credit melancarkan program nota jangka sederhana Islamik bersandarkan aset (program sukuk...

Proton S70 terajui segmen C tahun lalu
Ekonomi

Proton S70 terajui segmen C tahun lalu

PROTON S70PETALING JAYA: Proton S70 mendominasi pasaran automotif Malaysia segmen C dengan...

Pertumbuhan ekonomi global diunjur perlahan kepada 2.4% tahun ini
Ekonomi

Pertumbuhan ekonomi global diunjur perlahan kepada 2.4% tahun ini

CHINA, ekonomi kedua terbesar dunia, dijangka menyaksikan pertumbuhan KDNK yang perlahan kepada...

Ekonomi

Ringgit tinggi meskipun DXY meningkat, naik berbanding mata wang lain

Foto Hiasan / FailKUALA LUMPUR, 13 Mac – Ringgit diniagakan lebih tinggi...