Home Ekonomi Malaysia dalam fasa kukuh kitaran pelaburan – BNM
Ekonomi

Malaysia dalam fasa kukuh kitaran pelaburan – BNM

Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Marzunisham Omar/Livevartha

KUALA LUMPUR, 26 Mac– Malaysia kini berada dalam fasa ketiga kitaran pelaburan yang kukuh, didorong oleh peningkatan pelaburan dalam aktiviti bernilai tinggi serta penglibatan besar sektor swasta.

Jelas Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Marzunisham Omar, fasa itu telah bermula sejak Mei 2023, dengan pertumbuhan pelaburan berkembang lebih pesat berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan perbelanjaan sektor swasta.

\”Apabila kita membandingkan kitaran kenaikan semasa dengan kitaran kedua, terdapat tiga ciri positif yang menonjol. Pertama, pelaburan dalam kitaran ini lebih tertumpu kepada aktiviti bernilai tinggi seperti sektor elektrik dan elektronik (E&E) serta teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Kedua, kitaran ini juga menyaksikan peningkatan pelaburan dalam jentera dan peralatan, yang akan membantu mengembangkan kapasiti pengeluaran serta meningkatkan produktiviti,\” kata Datuk Marzunisham kepada pemberita, hari ini.

Tambah beliau, pertumbuhan pelaburan ini turut disokong oleh pelaksanaan berterusan pelbagai inisiatif kerajaan.

Ini selain permintaan domestik dan luaran yang stabil, sentimen pelabur yang positif, serta akses berterusan firma kepada pembiayaan.

Beliau berkata demikian pada Ucapan Gabenor BNM 2025 mengenai Ekonomi Malaysia yang berlangsung di ibu negara hari ini.

Related Articles

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20
Ekonomi

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20

PETALING JAYA: Ringgit dijangka terus mengukuh dalam masa terdekat, berpotensi mencecah antara...

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan
Ekonomi

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan

PUTRAJAYA: Malaysia masih berada dalam kedudukan lebih baik berbanding negara serantau seperti...

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei
Ekonomi

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei

MICHAEL Chew (kiri) dan Hannah Yeoh (dua dari kanan) dalam majlis pelancaran...

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025
Ekonomi

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025

CHUA KIM SOONPETALING JAYA: Jumlah tuntutan pampasan yang dibayar oleh syarikat insurans...