Home Ekonomi Malaysia berpotensi jadi hab serantau sektor logistik, perkhidmatan
Ekonomi

Malaysia berpotensi jadi hab serantau sektor logistik, perkhidmatan

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong / Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 20 Januari – Malaysia berpotensi menjadi hab serantau utama dalam sektor logistik dan perkhidmatan berikutan kedudukannya yang strategik di persimpangan laluan perdagangan dunia.

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong berkata syarikat-syarikat tempatan, khususnya dalam sektor logistik, perlu mengambil peluang ini untuk memperluas operasi ke peringkat serantau.

\”Perkhidmatan pengangkutan terus menjadi penyumbang utama kepada defisit perdagangan negara, mencerminkan kebergantungan Malaysia terhadap penyedia perkapalan dan logistik asing untuk menyokong ekonomi berasaskan eksport. Situasi ini membimbangkan dan memerlukan usaha lebih besar untuk mentransformasikan sektor tersebut,\” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Persidangan Perkhidmatan 2025 (SERV25) di ibu negara.

Tambah Liew, selain sektor logistik, Malaysia juga berpotensi menjadi hab serantau bagi ibu pejabat pelancongan, pendidikan tinggi dan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Beliau turut menekankan pentingnya negara memanfaatkan peluang dalam perdagangan digital dan perkhidmatan mampan untuk memperkukuh kedudukan Malaysia di peringkat global.

Related Articles

Sukar dapat dana, dorong syarikat pemula berpindah
Ekonomi

Sukar dapat dana, dorong syarikat pemula berpindah

PEMANDANGAN Kuala Lumpur.WALAUPUN ekosistem startup atau pemula niaga Malaysia terus berkembang, akses...

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah
Ekonomi

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah

KHAIRIL ANUAR MOHAMMAD ANUARPETALING JAYA: Co-opbank Pertama (CBP) menjalinkan kerjasama strategik bersama...

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE
Ekonomi

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE

DARREN Chang (tengah) ketika sidang media selepas penyenaraian syarikat itu di Pasaran...

Tealive yakin capai sasaran tembusi 13 negara tahun ini
Ekonomi

Tealive yakin capai sasaran tembusi 13 negara tahun ini

BRYAN LOO (depan, tiga dari kanan) bersama Khairy Jamaluddin (empat dari kiri)...