Home Ekonomi MAHB salur RM1.4 juta bantu penduduk terjejas banjir
Ekonomi

MAHB salur RM1.4 juta bantu penduduk terjejas banjir

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 13 Disember –Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) menyalurkan bantuan kewangan berjumlah RM1.4 juta bagi membantu komuniti yang terjejas akibat banjir di kawasan sekitar tiga lapangan terbang di bawah rangkaiannya.

Bantuan ini melibatkan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu, dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.

MAHB turut menyediakan 1,000 khemah modular untuk diserahkan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) serta digunakan di pusat pemindahan banjir.

\”Pada masa akan datang, pakej bantuan akan turut meliputi set peralatan tempat tidur dan peralatan untuk terus menyokong usaha pemulihan segera,\” katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Selain bantuan makanan, MAHB turutbekerjasama dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan agensi lain untuk mengagihkan bekalan asas kepada masyarakat yang terjejas, termasuk kit kebersihan dan makanan tidak mudah rosak.

Malaysia Airports berharap bantuan tersebut dapat meringankan beban penduduk terjejas banjir dan menyumbang kepada usaha pemulihan komuniti terjejas.

Related Articles

SKSB, Kopela lancar Bayar Jak, platform fintech Islam di Sarawak
Ekonomi

SKSB, Kopela lancar Bayar Jak, platform fintech Islam di Sarawak

PENGURUS Besar, Kumpulan Modal Insan, Bintulu Port Holdings Berhad, Herwan Ramelan (kiri...

Malaysia pilihan Snowflake perluas operasi di ASEAN
Ekonomi

Malaysia pilihan Snowflake perluas operasi di ASEAN

PETALING JAYA: Snowflake, syarikat pengkomputeran awan global, menjadikan Malaysia sebagai salah satu...

Cropmate rancang komersial baja ESG pada 2026
Ekonomi

Cropmate rancang komersial baja ESG pada 2026

LOGO Cropmate.KUALA LUMPUR: Cropmate Group Berhad (Cropmate) merancang untuk mengkomersialkan formula baja...

Saham Asia jatuh didorong perubahan dasar tarif
Ekonomi

Saham Asia jatuh didorong perubahan dasar tarif

DASAR tarif Rumah Putih mempengaruhi pasaran saham Asia pada Isnin. -APPETALING JAYA:...