Home Ekonomi Libat Urus Dengan Pihak Berkepentingan Menjelang Keputusan Caj Akses Grid – Fadillah
Ekonomi

Libat Urus Dengan Pihak Berkepentingan Menjelang Keputusan Caj Akses Grid – Fadillah

Libat Urus Dengan Pihak Berkepentingan Menjelang Keputusan Caj Akses Grid – Fadillah

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof bercakap kepada media selepas merasmikan Sidang Kemuncak Tenaga Lestari Antarabangsa (ISES) 2024 ke-6 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.

Sidang kemuncak itu dianjurkan olehPihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia yang diadakan hari ini sehingga esok di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Terdahulu, beliau berkata kerajaan akan terus mempercepat dan mempertingkat pelaksanaan mekanisme grid terbuka, memudahkan peningkatan akses kepada elektrik hijau untuk perniagaan melalui perjanjian pembelian korporat pihak ketiga.

“Kitasecara strategiknya beralih daripada model pembeli tunggal bagi pembangunan tenaga boleh baharu (TBB) untuk mengurangkan risiko sistem bekalan elektrik negara yang berkesan, mendorongpenyertaan dan persaingan yang lebih besar dalam industri bekalan kuasa dan dalam kalangan pihak berkepentinganTBB,” katanya.

Fadillah menekankan bahawa peralihan ini akan merangsang pasaran yang berdaya saingkepadaTBB yang membawa kepada pengurangan kos, meningkatkan keyakinan pelabur dan mempercepatkan penggunaan teknologi tenaga bersih.

“Pada masa sama, SEDA Malaysia akan menjalankan kajian kluster biotenagauntuk mendapatkan bekalan elektrik hijau daripada sumber bukan solar yang akan dibenarkan di bawah CRESS,” katanya.

Beliau berkatakerajaan akan terus menggalakkan pembangunan dan penggunaan sumber TBB bukan solar seperti biogas, biojisim dan hidro mini untuk mempelbagaikan sumber penjanaan kuasa negara di sampingmemastikan keselamatan dan kebolehpercayaan sistem tenaga.

“Setakat ini, pada pandangan kita yang paling cepat dan berpatutan adalah tenaga solar, menerusi projek solar berskala besar (LSS) iaitu LSS1 hingga LSS5 yang dilaksanakan menerusi tender terbuka.

“Kita juga melihat kepada biogas, biojisim serta hidro mini yang akan turut dilaksanakanmelalui tender terbuka,” katanya.

— Livevartha

Related Articles

Parkson Credit terbit sukuk wakalah pertama bernilai RM1 bilion
Ekonomi

Parkson Credit terbit sukuk wakalah pertama bernilai RM1 bilion

PARKSON Credit melancarkan program nota jangka sederhana Islamik bersandarkan aset (program sukuk...

Proton S70 terajui segmen C tahun lalu
Ekonomi

Proton S70 terajui segmen C tahun lalu

PROTON S70PETALING JAYA: Proton S70 mendominasi pasaran automotif Malaysia segmen C dengan...

Pertumbuhan ekonomi global diunjur perlahan kepada 2.4% tahun ini
Ekonomi

Pertumbuhan ekonomi global diunjur perlahan kepada 2.4% tahun ini

CHINA, ekonomi kedua terbesar dunia, dijangka menyaksikan pertumbuhan KDNK yang perlahan kepada...

Ekonomi

Ringgit tinggi meskipun DXY meningkat, naik berbanding mata wang lain

Foto Hiasan / FailKUALA LUMPUR, 13 Mac – Ringgit diniagakan lebih tinggi...