Home Ekonomi Lebih banyak pusat data bakal dibangunkan di Johor
Ekonomi

Lebih banyak pusat data bakal dibangunkan di Johor

Menteri Digital, Gobind Singh Deo / Foto RTM

KUALA LUMPUR, 29 Oktober – Johor dijangka akan menyaksikan pembangunan lebih banyak pusat data pada masa akan datang.

Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) telah menarik minat pelabur, menjadikan negeri itu salah satu destinasi tumpuan di peringkat global.

“Ketika ini, terdapat lebih 50 pusat data di Johor, dan saya yakin akan ada lebih banyak lagi yang ditubuhkan selepas ini.

\”Saya baru sahaja berada di Johor pada hujung minggu lalu bersama Menteri Besar, dan antara perbincangan utama adalah matlamat Johor untuk membangunkan ekosistem yang menyokong sepenuhnya industri pusat data. Saya pasti akan ada lebih banyak pelaburan yang masuk ke Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis Amazon Web Services (AWS) Cloud Day Malaysia, di sini.

Acara teknologi tersebut bertujuan untuk memperkasa perniagaan dan pemimpin industri agar dapat memanfaatkan potensi penuh teknologi awan serta kemajuan terkini dalam kecerdasan buatan.

Related Articles

Parkson Credit terbit sukuk wakalah pertama bernilai RM1 bilion
Ekonomi

Parkson Credit terbit sukuk wakalah pertama bernilai RM1 bilion

PARKSON Credit melancarkan program nota jangka sederhana Islamik bersandarkan aset (program sukuk...

Proton S70 terajui segmen C tahun lalu
Ekonomi

Proton S70 terajui segmen C tahun lalu

PROTON S70PETALING JAYA: Proton S70 mendominasi pasaran automotif Malaysia segmen C dengan...

Pertumbuhan ekonomi global diunjur perlahan kepada 2.4% tahun ini
Ekonomi

Pertumbuhan ekonomi global diunjur perlahan kepada 2.4% tahun ini

CHINA, ekonomi kedua terbesar dunia, dijangka menyaksikan pertumbuhan KDNK yang perlahan kepada...

Ekonomi

Ringgit tinggi meskipun DXY meningkat, naik berbanding mata wang lain

Foto Hiasan / FailKUALA LUMPUR, 13 Mac – Ringgit diniagakan lebih tinggi...