Home Ekonomi Lawatan Presiden Xi dijangka buka banyak peluang strategik perdagangan
Ekonomi

Lawatan Presiden Xi dijangka buka banyak peluang strategik perdagangan

Lawatan Presiden Xi dijangka buka banyak peluang strategik perdagangan

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut ketibaan Presiden China, Xi Jinping di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

PETALING JAYA: Lawatan Presiden China, Xi Jinping ke Malaysia dilihat sebagai satu detik bersejarah dalam memperkukuh hubungan dua hala Malaysia-China, sekali gus membuka  lebih banyak peluang strategik dalam bidang perdagangan, pelaburan dan pembangunan infrastruktur serantau.

Berdasarkan statistik terkini, perdagangan dua hala antara kedua-dua negara dijangka melebihi AS$200 bilion (RM900 bilion) pada 2024, menunjukkan betapa pentingnya hubungan ini dalam konteks ekonomi global.

Profesor di Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Datuk Dr. Mustafa Mohd. Hanefah berkata, Malaysia terus menjadi pengeksport utama bagi pelbagai produk ke China, termasuk semikonduktor dan barang elektronik, yang menjadi komponen utama dalam perniagaan dua hala. 

“Selain itu, Malaysia juga diharap dapat meningkatkan eksport minyak kelapa sawit ke China. Ini menjadi lebih penting memandangkan tarif yang tinggi yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) terhadap kacang soya dan minyak soya, memberikan peluang besar untuk memperkukuh jualan minyak kelapa sawit Malaysia ke pasaran China.

“China turut digalakkan untuk memperluas pembelian produk getah Malaysia, seperti tayar dan pelbagai bahan getah lain, yang turut memainkan peranan penting dalam memperkukuh hubungan perdagangan antara kedua-dua negara.

“Bagaimanapun, dalam memperkukuh kerjasama ekonomi ini, diplomasi dengan China harus dijalankan dengan penuh cermat dan berhemah,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Mustafa berkata, pentingnya menjaga keharmonian dalam hubungan kedua negara, dengan memberi penekanan terhadap isu-isu sensitif seperti Laut China Selatan.

“Isu Laut China Selatan harus dibincangkan dengan penuh kebijaksanaan dan kerjasama, bagi mengelakkan konflik yang boleh merosakkan hubungan baik antara China dan negara-negara anggota ASEAN. 

“Sebagai negara yang berkepentingan strategik di rantau ini, Malaysia komited untuk mempromosikan dialog damai dan mencari penyelesaian yang saling menguntungkan bagi semua pihak yang terlibat.

“Dalam usaha untuk memastikan kestabilan serantau dan meningkatkan hubungan dua hala, Malaysia terus menyeru agar hubungan diplomatik dengan China dijaga dengan penuh keharmonian dan saling menghormati,” katanya. 

Sementara itu, Profesor Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr. Mohd. Rizal Palil berkata, perdagangan antara negara akan lebih menjimatkan sekiranya China mengenakan caj laluan laut yang lebih rendah.

“Selain itu perlu juga kerjasama dengan Singapura kerana pelabuhan Singapura juga menjadi laluan utama perdagangan laut dari barat ke timur.

“Saya melihat ada kesan baik yang signifikan kepada ekonomi kerana Laut China Selatan adalah laluan utama pengangkutan laut ke timur,” katanya. 

Presiden China, Xi Jinping, memulakan lawatan negara selama tiga hari ke Malaysia, lawatan rasmi pertama beliau ke negara ini sejak lebih sedekad lalu. 

Lawatan tersebut merupakan sebahagian daripada siri lawatan negara Presiden Xi pada 2025, selepas mengunjungi Vietnam dan sebelum meneruskan lawatan ke Kemboja.

Kali terakhir Presiden Xi melawat Malaysia adalah pada 2013, ketika kedua-dua negara bersetuju meningkatkan hubungan diplomatik kepada Perkongsian Strategik Komprehensif. – UTUSAN

Related Articles

Sukar dapat dana, dorong syarikat pemula berpindah
Ekonomi

Sukar dapat dana, dorong syarikat pemula berpindah

PEMANDANGAN Kuala Lumpur.WALAUPUN ekosistem startup atau pemula niaga Malaysia terus berkembang, akses...

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah
Ekonomi

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah

KHAIRIL ANUAR MOHAMMAD ANUARPETALING JAYA: Co-opbank Pertama (CBP) menjalinkan kerjasama strategik bersama...

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE
Ekonomi

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE

DARREN Chang (tengah) ketika sidang media selepas penyenaraian syarikat itu di Pasaran...

Tealive yakin capai sasaran tembusi 13 negara tahun ini
Ekonomi

Tealive yakin capai sasaran tembusi 13 negara tahun ini

BRYAN LOO (depan, tiga dari kanan) bersama Khairy Jamaluddin (empat dari kiri)...