Home Ekonomi Labuan FSA, IFSCA Bentuk Perkongsian Kukuh Kerjasama Kewangan
Ekonomi

Labuan FSA, IFSCA Bentuk Perkongsian Kukuh Kerjasama Kewangan

Labuan FSA, IFSCA Bentuk Perkongsian Kukuh Kerjasama Kewangan

Kredit foto: Labuan FSA

Oleh Jailani Hasan

LABUAN, 20 Ogos (Livevartha) –Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) dan Pihak Berkuasa Pusat Perkhidmatan Kewangan Antarabangsa India (IFSCA)telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) untuk memupuk kerjasama yang lebih erat dalam pengawalseliaan, penyeliaan, penguatkuasaan termasuk pembangunan perniagaan antara kedua-dua pihak berkuasa kewangan .

Pertukaran rasmi MoU itu berlangsung hari ini di New Delhi, India, semasa lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Majlis itu dihadiri serta disaksikan oleh Perdana Menteri Malaysia dan India, mencerminkan kepentingan perjanjian ini dalam mengukuhkan hubungan bilateral antara kedua-dua negara.

Ketua Pengarah Labuan FSA, Nik Mohamed Din Nik Musa berkata MoU itu mewujudkan rangka kerja komprehensif bagi kerjasama rentas sempadan, termasuk perkongsian maklumat, kerjasama pengawalseliaan serta sokongan bersama untuk meningkatkan integriti, kecekapan dan kekukuhan kewangan membabitkan Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC) serta IFSCA.

“Perjanjian itu turut merangkumi pembangunan pasaran kewangan, dengan tumpuan kepada latihan, bantuan teknikal termasuk penciptaan rangka kerja kawal selia dan produk kewangan,”katanya kepada Livevartha hari ini.

Perkongsian itu dijangka akan memperkukuhkan kerjasama kewangan antara Malaysia dan India, memacu faedah ekonomi selain mewujudkan peluang perniagaan baharu bagi kedua-dua negara. Dengan mempertingkatkan penyeliaan operasi rentas sempadan institusi kewangan, MoU itu akan merangsang kestabilan kewangan serantau dan pertumbuhan ekonomi yang mampan.

“MoU itu menandakan satu kejayaan penting dalam kerjasama antarabangsa antara Labuan FSA dan IFSCA,” katanya.

“Ia akan membuka laluan kepada sokongan bersama serta meningkatkan penyeliaan operasi rentas sempadan dalam institusi kewangan yang diawasi oleh kedua-dua pihak berkuasa,” katanya lagi.

Related Articles

Parkson Credit terbit sukuk wakalah pertama bernilai RM1 bilion
Ekonomi

Parkson Credit terbit sukuk wakalah pertama bernilai RM1 bilion

PARKSON Credit melancarkan program nota jangka sederhana Islamik bersandarkan aset (program sukuk...

Proton S70 terajui segmen C tahun lalu
Ekonomi

Proton S70 terajui segmen C tahun lalu

PROTON S70PETALING JAYA: Proton S70 mendominasi pasaran automotif Malaysia segmen C dengan...

Pertumbuhan ekonomi global diunjur perlahan kepada 2.4% tahun ini
Ekonomi

Pertumbuhan ekonomi global diunjur perlahan kepada 2.4% tahun ini

CHINA, ekonomi kedua terbesar dunia, dijangka menyaksikan pertumbuhan KDNK yang perlahan kepada...

Ekonomi

Ringgit tinggi meskipun DXY meningkat, naik berbanding mata wang lain

Foto Hiasan / FailKUALA LUMPUR, 13 Mac – Ringgit diniagakan lebih tinggi...