Thursday , 6 February 2025
Home Ekonomi Khazanah umum pelaburan RM1 bilion, sokong teknologi IR4.0 dan PKS
Ekonomi

Khazanah umum pelaburan RM1 bilion, sokong teknologi IR4.0 dan PKS

FOTO FAIL

KUALA LUMPUR, 28 Disember – Khazanah Nasional Bhd (Khazanah), melalui peruntukan awal RM1 bilion menerusi Dana Impak mengumumkan dua pelaburan strategik untuk memacu pertumbuhan dan inovasi lebih besar dalam sektor teknologi.

Kedua-dua pelaburan itu bertujuan menyokong usahawan dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang bertumpu kepada teknologi IR4.0 seperti penglihatan mesin, kecerdasan buatan (AI) dan robotik.

Menerusi satu kenyataan Khazanah mengumumkan, pelaburan dalam Cambrian Fund melalui kerjasama dengan Vitrox Corporation Bhd dan Southern Capital Group .

\”Dana tersebut menyasar mentransformasikan ekosistem semikonduktor dan pengeluaran maju dalam dan luar negara .

\”Membuka peluang pertumbuhan, menggalakkan penyertaan tempatan yang lebih besar dan menyokong usahawan dan PKS yang inovatif untuk berkembang dan bersaing di peringkat serantau,\” menurut kenyataan itu.

Cambrian Fund telah mencatatkan penutupan pertama sebanyak RM100 juta dengan Khazanah sebagai satu daripada pelabur utama.

Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Amirul Feisal Wan Zahir berkata,sektor elektrik dan elektronik Malaysia merupakan penggerak utama ekonomi negara, menyumbang 40 peratus kepada eksport negara pada 2023.

Bagi memperkukuh ekosistem semikonduktor negara, Khazanah mengumumkan pelaburan dalam Syntiant Corp, sebuah syarikat “edge AI” yang berpusat di Irvine, California.

Komitmen Syntiant untuk menubuhkan pusat R&D AI bertaraf dunia di Malaysia merupakan manfaat strategik utama pelaburan Khazanah yang menggariskan komitmen Khazanah untuk membangunkan ekosistem semikonduktor yang maju di Malaysia.

Related Articles

Ekonomi

STR, SARA bantu rakyat tangani kos sara hidup

Foto LivevarthaKUALA LUMPUR, 5 Februari- Hampir RM13 bilion diperuntukkan kerajaan, bagi inisiatif...

Ekonomi

Khazanah catat keuntungan operasi RM5.1 bilion pada 2024

Foto FB Khazanah Nasional BerhadKUALA LUMPUR, 5 Februari- Khazanah Nasional Berhad (Khazanah)...

Ekonomi

MITI pinda kadar duti antilambakan bagi dawai keluli dari China

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 5 Februari – Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI)...

Ekonomi

Penangguhan kenaikan tarif AS bantu ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 4 Februari– Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari...