Home Ekonomi Ketidaktentuan global: Malaysia perlu teroka rakan dagang baharu – Pakar
Ekonomi

Ketidaktentuan global: Malaysia perlu teroka rakan dagang baharu – Pakar

FOTO ARKIB RTM

KUALA LUMPUR, 15 Mac- Malaysia perlu meneroka peluang dengan negara lain seperti Brazil, Turkiye, India dan Afrika Selatan bagi memastikan kestabilan ekonomi jangka panjang susulan ketidaktentuan ekonomi global akibat pertembungan dua kuasa besar ekonomi dunia iaitu China dan Amerika Syarikat.

Pensyarah Kanan Ekonomi Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dr. Bashir Ahmad Shabir Ahmad berkata usaha itu perlu bagi mengembangkan peluang perniagaan serta menarik pelaburan baharu.

\”Ini akan memberikan Malaysia ruang dan peluang untuk mengembangkan perniagaan serta mendapatkan pelaburan daripada negara-negara ini. Ia juga memastikan hala tuju, misi, visi serta dasar yang telah direncanakan dapat dicapai mengikut tempoh yang ditetapkan,\” katanya kepada RTM.

Sementara itu, dalam artikel bertajuk \’Laluan Selatan Global ke Arah Ketahanan Ekonomi\’ yang diterbitkan di laman web Project Syndicate semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa perang dagangan, tarif dan sekatan kini dijadikan sebagai senjata dalam meluaskan dominasi serta menjejaskan asas kerjasama antarabangsa.

Perdana Menteri menegaskan Malaysia sebagai negara yang bergantung kepada perdagangan antarabangsa mengakui cabaran dihadapi namun kekal memperkukuh kedudukan sebagai pusat penting perdagangan, pelaburan dan inovasi teknologi.

1503 BZ REAX ARTIKEL PMX  2
Dr. Bashir Ahmad Shabir Ahmad

BERITA BERKAITAN

  • Perang dagangan, tarif, sekatan jadi alatan dominasi global

Related Articles

Peluasan SST dijangka kurangkan saiz perbelanjaan pengguna
Ekonomi

Peluasan SST dijangka kurangkan saiz perbelanjaan pengguna

PELUASAN cukai jualan dan perkhidmatan (SST) akan dilaksanakan bermula 1 Julai ini....

Sukar dapat dana, dorong syarikat pemula berpindah
Ekonomi

Sukar dapat dana, dorong syarikat pemula berpindah

PEMANDANGAN Kuala Lumpur.WALAUPUN ekosistem startup atau pemula niaga Malaysia terus berkembang, akses...

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah
Ekonomi

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah

KHAIRIL ANUAR MOHAMMAD ANUARPETALING JAYA: Co-opbank Pertama (CBP) menjalinkan kerjasama strategik bersama...

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE
Ekonomi

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE

DARREN Chang (tengah) ketika sidang media selepas penyenaraian syarikat itu di Pasaran...