Home Ekonomi Ketidaktentuan dasar perdagangan AS dorong ringgit meningkat kepada 4.39
Ekonomi

Ketidaktentuan dasar perdagangan AS dorong ringgit meningkat kepada 4.39

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 21 April- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Isnin, mencecah paras 4.39 berikutan ketidaktentuan mengenai dasar perdagangan Amerika Syarikat (AS) yang mempengaruhi mata wang AS itu dalam rundingan berterusan dengan Jepun dan Kesatuan Eropah.

Pada 8 pagi, mata wang tempatan mengukuh kepada 4.3955/4195 berbanding dolar AS daripada 4.4100/4175 pada Jumaat lepas.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ketidaktentuan mengenai dasar perdagangan dilihat menyebabkan dolar AS rendah, yang biasanya menjadi aset selamat dalam tempoh tidak menentu.

“Situasi ini telah membawa kepada nilai mata wang pasaran sedang pesat membangun meningkat, termasuk ringgit,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata Indeks Dolar AS (DXY) terus mencatatkan penurunan, berada pada 98.827 dalam ketidaktentuan berterusan mengenai tarif AS.

“Selain itu, kenyataan Presiden Trump mengenai rasa tidak puas hatinya terhadap keputusan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS dan bagaimana ini boleh menjejaskan tempoh perkhidmatan Pengerusi Fed, turut menyumbang kepada ketidaktentuan dasar.

“Susulan penurunan DXY, dolar-ringgit dijangka mencatatkan trend meningkat berbanding dolar AS hari ini,” katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia rendah berbanding yen Jepun kepada 3.1066/1240 daripada 3.0971/1028 pada Jumaat lepas, merosot berbanding pound kepada 5.8539/8859 daripada 5.8516/8616 dan berkurangan berbanding euro kepada 5.0342/0617 daripada 5.0133/0218.

Mata wang tempatan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.

Ringgit mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 260.4/262.0 daripada 261.2/261.8 sebelum ini dan tinggi berbanding peso Filipina kepada 7.74/7.79 daripada 7.77/7.79.

Bagaimanapun, ia merosot berbanding baht Thailand kepada 13.1989/05 daripada 13.1815/2154 pada Jumaat lepas dan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.3625/3817 daripada 3.3562/3601 sebelum ini.- Livevartha

Related Articles

Sukar dapat dana, dorong syarikat pemula berpindah
Ekonomi

Sukar dapat dana, dorong syarikat pemula berpindah

PEMANDANGAN Kuala Lumpur.WALAUPUN ekosistem startup atau pemula niaga Malaysia terus berkembang, akses...

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah
Ekonomi

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah

KHAIRIL ANUAR MOHAMMAD ANUARPETALING JAYA: Co-opbank Pertama (CBP) menjalinkan kerjasama strategik bersama...

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE
Ekonomi

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE

DARREN Chang (tengah) ketika sidang media selepas penyenaraian syarikat itu di Pasaran...

Tealive yakin capai sasaran tembusi 13 negara tahun ini
Ekonomi

Tealive yakin capai sasaran tembusi 13 negara tahun ini

BRYAN LOO (depan, tiga dari kanan) bersama Khairy Jamaluddin (empat dari kiri)...