Home Ekonomi Kerajaan seru syarikat swasta sokong pembangunan ekosistem seni
Ekonomi

Kerajaan seru syarikat swasta sokong pembangunan ekosistem seni

Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib / Foto RTM

KUALA LUMPUR, 22 Januari – Kerajaan menyeru lebih banyak syarikat swasta untuk menaja residensi seni, membiayai pameran dan membimbing bakat baharu bagi membangunkan ekosistem seni yang kukuh di Malaysia.

Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib menegaskan penglibatan sektor swasta adalah penting untuk memastikan pembangunan sektor seni dan budaya terus berkembang.

\”Walaupun kerajaan menyediakan sokongan melalui inisiatif seperti Agenda Bumiputera, penglibatan sektor swasta tetap menjadi kunci.

\”Dengan pendekatan seluruh negara, saya menyeru lebih banyak syarikat untuk menaja residensi, membiayai pameran, dan membimbing bakat-bakat baru. Bersama-sama, kita boleh membina ekosistem seni yang berkembang maju,\” katanya ketika berucap pada Program Residensi Iltizam Seni Cycle 2 di ibu negara.

Hanifah turut menjelaskan seni dan budaya memainkan peranan penting dalam ekonomi negara melalui penciptaan peluang pekerjaan serta diplomasi budaya.

Inisiatif seperti Iltizam Seni, katanya, sejajar dengan usaha kerajaan untuk memperkukuh sektor kreatif selain memastikan daya saing Malaysia dalam ekonomi kreatif global.

Related Articles

Sukar dapat dana, dorong syarikat pemula berpindah
Ekonomi

Sukar dapat dana, dorong syarikat pemula berpindah

PEMANDANGAN Kuala Lumpur.WALAUPUN ekosistem startup atau pemula niaga Malaysia terus berkembang, akses...

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah
Ekonomi

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah

KHAIRIL ANUAR MOHAMMAD ANUARPETALING JAYA: Co-opbank Pertama (CBP) menjalinkan kerjasama strategik bersama...

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE
Ekonomi

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE

DARREN Chang (tengah) ketika sidang media selepas penyenaraian syarikat itu di Pasaran...

Tealive yakin capai sasaran tembusi 13 negara tahun ini
Ekonomi

Tealive yakin capai sasaran tembusi 13 negara tahun ini

BRYAN LOO (depan, tiga dari kanan) bersama Khairy Jamaluddin (empat dari kiri)...