Home Ekonomi Kerajaan Perpaduan Komited Pastikan Agenda Bumiputera Terus Diberi Keutamaan – Rafizi
Ekonomi

Kerajaan Perpaduan Komited Pastikan Agenda Bumiputera Terus Diberi Keutamaan – Rafizi

Kerajaan Perpaduan Komited Pastikan Agenda Bumiputera Terus Diberi Keutamaan – Rafizi

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli

PUTRAJAYA, 19 Ogos (Livevartha) — Kerajaan Perpaduan komited untuk memastikan agenda bumiputera terus diberi keutamaan dalam setiap perancangan pembangunan sosioekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Beliau berkata komitmen itu sama sekali tidak akan menafikan hak kaum lain sebaliknya, mampu memberi kesan manfaat kepada semua kaum dalam aspek pembangunan dan kemajuan negara.

Masih banyak ruang dan peluang untuk bumiputera bangkit supaya dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan kaum lain, malah untuk gah bersaing di pentas dunia, katanya.

“Masih terdapat pelbagai isu yang membelenggu bumiputera pada hari ini, seperti status sosioekonomi yang masih terperangkap dalam kelas menengah dan sederhana serta penyertaan bumiputera yang tertumpu dalam aktiviti ekonomi yang mempunyai nilai ditambah yang rendah,” katanya ketika berucap di majlis pelancaran Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35) di sini, pada Isnin.

Beliau berkata ini menyebabkan jurang pendapatan dan kekayaan antara etnik semakin melebar.

“Dalam hal ini, antara faktor utama adalah berkait dengan ketidakupayaan bumiputera untuk menyumbang secara lebih bermakna kepada ekonomi negara.

“Hasrat kerajaan untuk mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera belum tercapai sepenuhnya,” katanya.

Rafizi berkata perusahaan bumiputera dilihat mempunyai kurang keupayaan dan kemampuan untuk mencipta nilai dan mengembangkan perniagaan apabila sebahagian besar daripada perusahaan adalah bersaiz mikro dan kecil.

“Keterbatasan modal dan sokongan pada peringkat awal, terutama syarikat pemula niaga, turut menjadi faktor kepada isu ini yang seterusnya menyebabkan kebergantungan berterusan kepada geran dan pembiayaan kerajaan.

Related Articles

Ekonomi

Ringgit dibuka hampir mendatar berikutan pasaran tumpu isyarat kepimpinan Fed AS

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 23 April– Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar...

HEB Group umum dividen 1.46 sen bagi tahun kewangan 2024
Ekonomi

HEB Group umum dividen 1.46 sen bagi tahun kewangan 2024

KUNA SITTAMPALAMPETALING JAYA: HSS Engineers Berhad (HEB Group), syarikat perunding kejuruteraan dan...

Komuniti perniagaan di Singapura positif terhadap JS-SEZ
Ekonomi

Komuniti perniagaan di Singapura positif terhadap JS-SEZ

SEKTOR hartanah muncul sebagai penerima manfaat langsung daripada JS-SEZ.PETALING JAYA: Komuniti perniagaan...

Northport, pelabuhan pertama guna Proton e.MAS 7
Ekonomi

Northport, pelabuhan pertama guna Proton e.MAS 7

NORTHPORT menerima tiga unit Proton e.Mas 7 untuk kegunaan pasukan polis bantuan...