Home Ekonomi Kerajaan perkasa Skim Jaminan Kredit Perumahan untuk golongan B40 & Gig
Ekonomi

Kerajaan perkasa Skim Jaminan Kredit Perumahan untuk golongan B40 & Gig

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan / Foto RTM

KUALA LUMPUR, 27 Februari – Skim Jaminan Kredit Perumahan di bawah Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Bhd (SJKP) akan diperkukuh dengan jaminan tambahan sebanyak RM10 bilion tahun ini, bagi memudahkan pemilikan rumah dalam kalangan golongan berpendapatan tidak tetap.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata peningkatan itu mengambil kira keperluan semasa, terutama bagi pekerja dalam sektor informal dan ekonomi gig.

“Langkah ini memudahkan pemilikan rumah bagi mereka yang tidak mempunyai pendapatan tetap atau slip gaji formal seperti pekerja gig, pemilik perniagaan kecil dan pekerja sektor tidak formal. Dengan jaminan pembiayaan rumah oleh SJKP, lebih ramai rakyat berpeluang membeli rumah pertama mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Inisiatif Belanjawan 2025 – Peruntukan Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan dan Skim Jaminan Kredit Perumahan, di sini.

Tambah Amir Hamzah, Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) turut menyediakan sokongan kewangan lebih menyeluruh tahun ini kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), termasuk akses pembiayaan lebih mudah, sokongan terhadap inovasi, amalan lestari serta peningkatan daya tarikan sektor pelancongan negara.

Related Articles

OPR diunjur turun kepada 2.75 peratus minggu ini
Ekonomi

OPR diunjur turun kepada 2.75 peratus minggu ini

KALI terakhir OPR berubah adalah apabila dinaikan daripada 2.75 peratus kepada 3.0...

Sektor perbankan kekal ‘overweight’ walaupun pertumbuhan lebih perlahan
Ekonomi

Sektor perbankan kekal ‘overweight’ walaupun pertumbuhan lebih perlahan

PETALING JAYA: Hong Leong Investment Bank Research mengulangi pendirian ‘overweight’ terhadap sektor...

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024
Ekonomi

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024

SYED MOHAMED SYED IBRAHIMPETALING JAYA: Kumpulan Johor Corporation (JCorp) pertumbuhan keuntungan sebelum...

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)
Ekonomi

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)

LAKARAN artis pembangunan komersial terbaharu, Nadi (Fasa 3A).PETALING JAYA: S P Setia...