Home Ekonomi Kerajaan kaji kebolehlaksanaan tenaga nuklear sebagai sumber tenaga baharu
Ekonomi

Kerajaan kaji kebolehlaksanaan tenaga nuklear sebagai sumber tenaga baharu

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli / Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 5 November – Kerajaan sedang mengkaji kebolehlaksanaan penggunaan tenaga nuklear sebagai sumber tenaga baharu.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata kajian tersebut sedang dilaksanakan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) bersama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

\”Keputusan untuk memastikan kerangka undang-undang dan peraturan berkaitan dibangunkan telah dibuat di peringkat Majlis Tenaga Negara dan diperakui oleh Jemaah Menteri. Dalam Rancangan Malaysia Ke-13, kemungkinan tenaga nuklear akan dimasukkan secara rasmi sebagai salah satu sumber tenaga di negara ini,\” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Forum Kebangsaan Pelan Induk OGSE 2024, di ibu negara.

Tambah Rafizi, penggunaan tenaga nuklear seiring dengan matlamat kerajaan untuk mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050.

Penggunaan tenaga nuklear juga dikatakan lebih stabil dari segi kos operasi kerana kurang terjejas oleh perubahan harga bahan mentah, selain teknologi yang semakin selamat.

Related Articles

Sukar dapat dana, dorong syarikat pemula berpindah
Ekonomi

Sukar dapat dana, dorong syarikat pemula berpindah

PEMANDANGAN Kuala Lumpur.WALAUPUN ekosistem startup atau pemula niaga Malaysia terus berkembang, akses...

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah
Ekonomi

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah

KHAIRIL ANUAR MOHAMMAD ANUARPETALING JAYA: Co-opbank Pertama (CBP) menjalinkan kerjasama strategik bersama...

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE
Ekonomi

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE

DARREN Chang (tengah) ketika sidang media selepas penyenaraian syarikat itu di Pasaran...

Tealive yakin capai sasaran tembusi 13 negara tahun ini
Ekonomi

Tealive yakin capai sasaran tembusi 13 negara tahun ini

BRYAN LOO (depan, tiga dari kanan) bersama Khairy Jamaluddin (empat dari kiri)...