Home Ekonomi Kerajaan Ambil Kira Pandangan, Cadangan Semua Pihak Dalam Memperkasakan Ekonomi Madani – Amir Hamzah
Ekonomi

Kerajaan Ambil Kira Pandangan, Cadangan Semua Pihak Dalam Memperkasakan Ekonomi Madani – Amir Hamzah

Kerajaan Ambil Kira Pandangan, Cadangan Semua Pihak Dalam Memperkasakan Ekonomi Madani – Amir Hamzah

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan (Gambar fail)

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Livevartha) — Kerajaan akan terus memperkasakan Ekonomi MADANI dengan mengambil kira pelbagai pandangan dan cadangan daripada semua pihak terutamanya dalammenaikkan siling untuk menjadikannegara sebagai peneraju ekonomi di rantau Asia.

Menteri Kewangan IISenator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata langkah itu termasukmenaikkan lantai yang bertujuanmeningkatkan darjat kesejahteraan hidup rakyat.

Justeru, katanya input daripadapenjawat awam penting berikutan mereka akan membantu dalam memudahkan proses kemasukan pelabur asing ke negara ini.

“Kita mahu menaikkan siling, tarik pelabur masuk (dan)ada banyak jangkaan dari segi tatakelola kerajaan. Penjawat awam adalah teras kepada pelaksanaan peraturan dan dasar kerajaan,”katanya kepada Livevartha hari ini.

Beliau berkata demikian selepas majlis SesiDialog Prabelanjawan 2025 Bersama Penjawat Awam anjuranInstitut Tadbiran Awam Negara (INTAN) di sini.

Terdahulu, pada sesi tersebut, beliau berkata kerajaanmahu memperbaiki cara yang boleh dilaksanakanuntuk menambah baik proses bagi memudahkan pelaburan.

Sehubungan itu, katanya peranan penjawat awam penting untuk melihat aspek yang terdapat dalam sistem yang boleh diperbaiki.

“Sebagai contoh, adakah terdapat langkah yang boleh kita buat untuk menambah baik atau memudahkan proses dengan mengurangkan aliran proses? Kalau sebelum ini,ambil masa sebulan, boleh tak dibuat dalam masa beberapa hari?,” katanya.

Related Articles

Hektar REIT, Samaiden perkenal inisiatif kemampanan melalui tenaga solar
Ekonomi

Hektar REIT, Samaiden perkenal inisiatif kemampanan melalui tenaga solar

ZAINAL Iskandar Ismail (tiga dari kiri) bersama Chow Pur Hee (empat dari...

Pro-Net tingkat aksesibiliti poin pengecas EV
Ekonomi

Pro-Net tingkat aksesibiliti poin pengecas EV

ZHANG Qiang (tengah) pada majlis menandatangani perjanjian di Centre of Excellence Proton...

Uniten, GMT tubuh makmal geoteknolog
Ekonomi

Uniten, GMT tubuh makmal geoteknolog

KHAIRUL (empat dari kiri) dan Mustapha (empat dari kanan) pada majlis pemeteraian...

MAB Academy terima anugerah IATA dalam penggunaan VR
Ekonomi

MAB Academy terima anugerah IATA dalam penggunaan VR

AIDA Salfaraz Ahmad Fadzil mewakili MAB Academy menerima Anugerah Inovasi Pusat Latihan...