Home Ekonomi Kenaikan gaji minimum dorong pekerja tingkat kemahiran
Ekonomi

Kenaikan gaji minimum dorong pekerja tingkat kemahiran

Pengasas Financial Faiz, Faiz Azmi

KUALA LUMPUR, 21 Oktober – Kadar gaji minimum baharu mulai Februari 2025 mampu mewujudkan situasi menang-menang bagi golongan majikan dan pekerja.

Pengasas Financial Faiz, Faiz Azmi berpandangan, langkah itu akan mendorong peningkatan kemahiran pekerja selari dengan gaji dan upah yang lebih tinggi.

\”Pada masa sama, pekerja juga harus memastikan mereka layak menikmati kenaikan itu dengan meningkatkan kecekapan dan menyumbang kepada produktiviti organisasi,\” katanya kepada pemberita RTM.

\”Dua-dua pihak perlu sedia untuk \’upskill\’ diri. Contohnya syarikat kena beli mesin yang lebih baik dan pekerja pun perlu \’upskill\’ diri untuk menggunakan alatan tersebut. Kita tidak boleh lagi menganggap diri sebagai buruh kasar semata-mata dan diberikan gaji yang paling rendah,\” katanya.

Jelas beliau lagi, pengumuman terbaharu itu selari dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan lebih ramai pekerja berkemahiran tinggi dan meningkatkan taraf hidup rakyat.

Dalam pembentangan Belanjawan 2025, Kerajaan bersetuju menaikkan kadar gaji minimum daripada RM1,500 sebulan kepada RM1,700 sebulan.

Ia akan berkuat kuasa mulai 1 Februari 2025.

Related Articles

Tabung Haji dijangka umum kadar dividen lebih kompetitif
Ekonomi

Tabung Haji dijangka umum kadar dividen lebih kompetitif

PETALING JAYA: Lembaga Tabung Haji dijangka mampu mengumumkan kadar dividen yang kompetitif...

Pasaran hartanah dijangka berkembang positif pada kadar perlahan
Ekonomi

Pasaran hartanah dijangka berkembang positif pada kadar perlahan

PROSPEK sektor hartanah terus disokong oleh statistik yang lebih baik termasuk jumlah...

AEON Bank perkenal PF-i patuh syariah, 100 peratus digital
Ekonomi

AEON Bank perkenal PF-i patuh syariah, 100 peratus digital

PETALING JAYA: AEON Bank (M) Berhad (AEON Bank) mengumumkan pelancaran Pembiayaan Peribadi-i...

Ekonomi

Ketakutan ketinggalan punca belia berbelanja berlebihan

Sikap ingin memiliki sesuatu dengan segera dan takut ketinggalan menjadi faktor utama...