Home Ekonomi Kempen Umrah 1,000 Asnaf: Sembilan individu pertama terima tajaan
Ekonomi

Kempen Umrah 1,000 Asnaf: Sembilan individu pertama terima tajaan

Ketua Pegawai Eksekutif Ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin / Foto Bernama

PETALING JAYA, 19 April – Seramai sembilan individu bakal menerima tajaan ibadah umrah menerusi Kempen Umrah 1,000 Asnaf yang dianjurkan oleh Ikhlas.com, cabang perniagaan mesra Muslim di bawah Capital A.

Ketua Pegawai Eksekutif Ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin berkata setakat ini pihaknya telah menerima lebih 800 permohonan sejak kempen tersebut bermula pada 18 Mac lalu.

Menurut beliau, kempen berkenaan merupakan inisiatif bagi menyantuni golongan asnaf di seluruh negara, sebagai tanda penghargaan atas sokongan terhadap syarikat itu sepanjang lima tahun penubuhannya.

“Kempen ini adalah untuk menyantuni komuniti-komuniti asnaf di seluruh Malaysia. Sebab utama kami lancarkan kempen ini tentunya untuk memberi kembali kepada masyarakat, selepas lima tahun syarikat ini beroperasi, memberi sumbangan serta berkembang,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Pencarian Kempen Umrah Seribu Asnaf, di sini.

Penerbangan pertama dijadualkan berlepas pada 20 Julai ini dengan sasaran menghantar 250 peserta menjelang Oktober.

Kempen tersebut akan diteruskan sehingga Syawal tahun hadapan, memberi peluang lebih luas kepada asnaf di seluruh Malaysia untuk menyertainya.

Related Articles

Sukar dapat dana, dorong syarikat pemula berpindah
Ekonomi

Sukar dapat dana, dorong syarikat pemula berpindah

PEMANDANGAN Kuala Lumpur.WALAUPUN ekosistem startup atau pemula niaga Malaysia terus berkembang, akses...

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah
Ekonomi

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah

KHAIRIL ANUAR MOHAMMAD ANUARPETALING JAYA: Co-opbank Pertama (CBP) menjalinkan kerjasama strategik bersama...

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE
Ekonomi

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE

DARREN Chang (tengah) ketika sidang media selepas penyenaraian syarikat itu di Pasaran...

Tealive yakin capai sasaran tembusi 13 negara tahun ini
Ekonomi

Tealive yakin capai sasaran tembusi 13 negara tahun ini

BRYAN LOO (depan, tiga dari kanan) bersama Khairy Jamaluddin (empat dari kiri)...