Home Ekonomi Kadar inflasi negara turun kepada 1.8 peratus pada September
Ekonomi

Kadar inflasi negara turun kepada 1.8 peratus pada September

Kadar inflasi negara bagi bulan September 2024 mencatatkan penurunan kepada 1.8 peratus, berbanding 1.9 peratus pada bulan sebelumnya / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 24 Oktober – Kadar inflasi negara bagi bulan September 2024 mencatatkan penurunan kepada 1.8 peratus, berbanding 1.9 peratus pada bulan sebelumnya.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) memaklumkan, walaupun kadar inflasi menurun, indeks harga bagi bulan September meningkat sedikit kepada 133.2 mata, berbanding 130.8 mata yang direkodkan pada bulan yang sama tahun lalu.

\”Peningkatan ini didorong oleh kenaikan dalam beberapa kumpulan utama, termasuk Penjagaan Diri, Perlindungan Sosial, serta Pelbagai Barangan dan Perkhidmatan.

\”Kumpulan Makanan dan Minuman yang menyumbang 29.8 peratus daripada keseluruhan wajaran Indeks Harga Pengguna (IHP) turut mencatatkan peningkatan 1.6 peratus, kekal sama seperti pada bulan Ogos 2024,\” menurut DOSM menerusi kenyataan.

Bagi suku ketiga tahun ini, kadar inflasi kekal stabil pada 1.9 peratus, sama seperti yang direkodkan pada suku kedua 2024. Inflasi teras juga meningkat pada kadar yang lebih perlahan, iaitu 1.8 peratus untuk bulan yang dikaji.

Beberapa negeri mencatatkan kadar inflasi yang lebih rendah daripada paras nasional 1.8 peratus, kecuali Pulau Pinang, Pahang, Sarawak, dan Selangor.

Di peringkat global, kadar inflasi Malaysia berada lebih rendah berbanding Vietnam dan Filipina, namun masih lebih tinggi daripada Korea Selatan, Thailand, dan China.

Related Articles

Gas Malaysia beri bantuan mangsa letupan Putra Heights
Ekonomi

Gas Malaysia beri bantuan mangsa letupan Putra Heights

MOHAMAD Farid Ghazali (kiri) menyampaikan replika cek sumbangan kepada Haniff Zainal Abidin...

Proton X50 baharu diperkenalkan pada media
Ekonomi

Proton X50 baharu diperkenalkan pada media

PROTON X50 baharu.PETALING JAYA: Proton Holdings Berhad (Proton) memperkenalkan Proton X50 terbaharu...

Kerajaan timbang undang-undang khusus kawal selia AI – Gobind
Ekonomi

Kerajaan timbang undang-undang khusus kawal selia AI – Gobind

GOBIND SINGH DEOKUALA LUMPUR: Kerajaan dalam proses meneliti keperluan untuk menggubal undang-undang...

Takaful Ikhlas perluas akses takaful kepada pekerja Prasarana
Ekonomi

Takaful Ikhlas perluas akses takaful kepada pekerja Prasarana

WAN Ahmad Najib Wan Ahmad Lotfi (dua kanan) bergambar bersama wakil-wakil syarikat...