Home Ekonomi Kadar antara bank jangka pendek stabil susulan operasi BNM
Ekonomi

Kadar antara bank jangka pendek stabil susulan operasi BNM

Kadar antara bank jangka pendek stabil susulan operasi BNM

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 28 Oktober-Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Kecairan dalam sistem konvensional meningkat kepada RM35.73 bilion berbanding RM34.41 bilion yang dicatatkan pada sebelah pagi manakala lebih tunai dalam dana Islam berkurangan kepada RM20.81 bilion daripada RM21 bilion sebelum ini.

Sebelumnya, bank pusat itu menjalankan tiga tender repo berbalik dan tender repo berbalik Islam.

Ia juga mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik serta kemudahan bercagar komoditimurabahah bertempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM melaksanakan tender pasaran wang konvensional sebanyak RM35.70 bilion dan tender pasaran wang murabahah berjumlah RM20.80 bilion, kedua-duanya untuk tempoh matang satu hari.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus pada 25 Okt.- Livevartha

Related Articles

Parkson Credit terbit sukuk wakalah pertama bernilai RM1 bilion
Ekonomi

Parkson Credit terbit sukuk wakalah pertama bernilai RM1 bilion

PARKSON Credit melancarkan program nota jangka sederhana Islamik bersandarkan aset (program sukuk...

Proton S70 terajui segmen C tahun lalu
Ekonomi

Proton S70 terajui segmen C tahun lalu

PROTON S70PETALING JAYA: Proton S70 mendominasi pasaran automotif Malaysia segmen C dengan...

Pertumbuhan ekonomi global diunjur perlahan kepada 2.4% tahun ini
Ekonomi

Pertumbuhan ekonomi global diunjur perlahan kepada 2.4% tahun ini

CHINA, ekonomi kedua terbesar dunia, dijangka menyaksikan pertumbuhan KDNK yang perlahan kepada...

Ekonomi

Ringgit tinggi meskipun DXY meningkat, naik berbanding mata wang lain

Foto Hiasan / FailKUALA LUMPUR, 13 Mac – Ringgit diniagakan lebih tinggi...