Thursday , 6 February 2025
Home Ekonomi Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil susulan operasi BNM
Ekonomi

Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil susulan operasi BNM

Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil susulan operasi BNM

FOTO FAIL

KUALA LUMPUR, 28 Disember – Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai dalam sistem kewangan.

Minggu ini, bank pusat itu memasuki pasaran setiap hari dengan menawarkan tender repo berbalik, repo berbalik semalaman dan dan repo berbalik Islam untuk mengurangkan lebihan dana dalam sistem kewangan.

Lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional susut nilai kepada RM28.00 bilion pada Jumaat daripada RM33.32 bilion pada akhir minggu sebelumnya.

Dalam sistem Islam, lebihan mudah tunai berkurang kepada RM22.20 bilion daripada RM24.70 bilion sebelumnya.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus pada 26 Disember, 2024. – Livevartha

Related Articles

Ekonomi

STR, SARA bantu rakyat tangani kos sara hidup

Foto LivevarthaKUALA LUMPUR, 5 Februari- Hampir RM13 bilion diperuntukkan kerajaan, bagi inisiatif...

Ekonomi

Khazanah catat keuntungan operasi RM5.1 bilion pada 2024

Foto FB Khazanah Nasional BerhadKUALA LUMPUR, 5 Februari- Khazanah Nasional Berhad (Khazanah)...

Ekonomi

MITI pinda kadar duti antilambakan bagi dawai keluli dari China

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 5 Februari – Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI)...

Ekonomi

Penangguhan kenaikan tarif AS bantu ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 4 Februari– Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari...