Home Ekonomi Iskandar Malaysia Catat Pelaburan Direalisasi RM291.4 Bilion Sehingga Kini
Ekonomi

Iskandar Malaysia Catat Pelaburan Direalisasi RM291.4 Bilion Sehingga Kini

Iskandar Malaysia Catat Pelaburan Direalisasi RM291.4 Bilion Sehingga Kini

Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar Datuk Dr Badrul Hisham Kassim. Kredit: IRDA

Oleh Nor Baizura Basri

KUALA LUMPUR, 20 Ogos(Livevartha) –Iskandar Malaysia menyaksikan 70 peratus atau RM291.4 bilion daripada jumlah pelaburan terkumpulnya sebanyak RM413.1 bilion direalisasikan setakat ini sejak penubuhan wilayah ekonomi itu pada 2006.

Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) Datuk Dr Badrul Hisham Kassim berkata kemajuan luar biasa itumenunjukkan Iskandar Malaysia berada di landasan yang betul untuk mencapai sasaran pelaburan kumulatif RM636 bilion menjelang 2030.

"Dari 2006 hingga Disember 2023, wilayah ekonomi ini telah mencatatkan pelaburan terkumpul sebanyak RM413.1 bilion, melepasi sasaran RM383 bilion yang ditetapkan untuk penghujung 2025," katanya kepada Livevartha semasa program MADANI Rakyat Zon Selatan 2024 baru-baru ini di Dataran UTM Skudai, Johor Bahru.

IRDA telah menetapkan sasaran pelaburan kumulatif baharu sebanyak RM636 bilion untuk Iskandar Malaysia pada 2030, selepas ia berjaya melepasi sasaran awal yang ditetapkan semasa bermulanya wilayah ekonomi tersebut.

Badrul Hisham berkata Iskandar Malaysia akan terus memberi tumpuan kepada sektor bernilai tinggi dan dipacu inovasi seperti elektrik dan elektronik, aeroangkasa, peranti perubatan, pertanian moden, kenderaan elektrik, tenaga boleh baharudan teknologi komunikasi maklumat, termasuk pusat data kecerdasan buatan (AI).

Beliau berkata iajuga disokong oleh industri yang berada di sekelilingnya seperti penjagaan kesihatan dan sains hayat, perkhidmatan kewangan dan perniagaan serta industri kreatif digital.

“Ini selaras dengan aspirasi negaraseperti yang digariskan dalam Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara,” katanya.

Beliau turut menekankan keberadaan syarikat-syarikatmultinasional seperti Insuletyang mengeluarkan peranti perubatan dan pusat data seperti Airtrunk, Princeton Digital Group, Wiwynn dan Supermicrotelah mengembangkan operasi mereka di Iskandar Malaysia baru-baru ini.

Related Articles

Ekonomi

Ringgit dibuka hampir mendatar berikutan pasaran tumpu isyarat kepimpinan Fed AS

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 23 April– Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar...

HEB Group umum dividen 1.46 sen bagi tahun kewangan 2024
Ekonomi

HEB Group umum dividen 1.46 sen bagi tahun kewangan 2024

KUNA SITTAMPALAMPETALING JAYA: HSS Engineers Berhad (HEB Group), syarikat perunding kejuruteraan dan...

Komuniti perniagaan di Singapura positif terhadap JS-SEZ
Ekonomi

Komuniti perniagaan di Singapura positif terhadap JS-SEZ

SEKTOR hartanah muncul sebagai penerima manfaat langsung daripada JS-SEZ.PETALING JAYA: Komuniti perniagaan...

Northport, pelabuhan pertama guna Proton e.MAS 7
Ekonomi

Northport, pelabuhan pertama guna Proton e.MAS 7

NORTHPORT menerima tiga unit Proton e.Mas 7 untuk kegunaan pasukan polis bantuan...