Home Ekonomi IPP Malaysia Naik Lima Peratus Pada Jun, Kekal Momentum Positif Dalam Enam Bulan – Perangkaan
Ekonomi

IPP Malaysia Naik Lima Peratus Pada Jun, Kekal Momentum Positif Dalam Enam Bulan – Perangkaan

IPP Malaysia Naik Lima Peratus Pada Jun, Kekal Momentum Positif Dalam Enam Bulan – Perangkaan

Kredit: DOSM

KUALA LUMPUR, 9 Ogos (Livevartha) –Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) meningkat 5.0 peratus pada Jun 2024, mengekalkan momentum positif selama enam bulan berturut-turut, yang dipacu oleh sektor pembuatan, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ketua PerangkawanDatuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata pertumbuhan output dalam sektor pembuatan merupakan penyumbang utama, dengan peningkatan sebanyak 5.2 peratus (Mei 2024: 4.6 peratus) diikuti oleh pemulihan 4.9 peratus dalam pengeluaran sektor perlombongan (Mei 2024: -6.9 peratus) dan peningkatan 3.5 peratus sektor elektrik (Mei 2024: 4.5 peratus).

Berbanding bulan sebelumnya, beliau berkata IPPmeningkat 4.8 peratus berbanding 3.5 peratus yang dicatatkan pada Mei 2024, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“Pertumbuhan keluaran yang stabil dalam sektor pembuatan didorong oleh pengembangan dalam industri berorientasikan eksport pada 5.4 peratus (Mei 2024: 3.7 peratus), menandakan peningkatan tertinggi sejak September 2022.

"Pengembangan pengeluaran yang kukuh dilihat dalam pembuatan kok danproduk petroleum bertapis yang memulih kepada 12.5 peratus (Mei 2024: -5.5 peratus); dan pembuatan minyak danlemak daripada sayuran danhaiwan yang meningkat pada kadar lebih laju sebanyak 11.0 peratus (Mei 2024: 4.8 peratus)," katanya.

Mohd Uzir berkata pembuatan komputer, elektronik dan produk optik juga menyokong pertumbuhan pada 4.9 peratus pada Jun 2024 (Mei 2024: 8.4 peratus).

Perbandingan bulan ke bulan, industri berorientasikan eksport melonjak 11.8 peratus (Mei 2024: 9.0 peratus), manakalaindustri berorientasikan domestik bertumbuh sederhana 4.6 peratus berbanding 6.4 peratus yang direkodkan pada Mei 2024.

Sementara itu, pada Jun 2024, industri berorientasikan domestikmerosot 5.4 peratus berbanding pertumbuhan positif 2.3 peratus pada bulan lepas.

"Melihat kepada prestasi beberapa negara, IPP bertumbuh positif di China, Korea Selatan, Taiwan, Vietnam, dan Amerika Syarikat. Sebaliknya, Singapura, Thailand dan Jepun mengalami penurunan dalam IPP pada Jun 2024," kata Mohd Uzir.

Related Articles

Hektar REIT, Samaiden perkenal inisiatif kemampanan melalui tenaga solar
Ekonomi

Hektar REIT, Samaiden perkenal inisiatif kemampanan melalui tenaga solar

ZAINAL Iskandar Ismail (tiga dari kiri) bersama Chow Pur Hee (empat dari...

Pro-Net tingkat aksesibiliti poin pengecas EV
Ekonomi

Pro-Net tingkat aksesibiliti poin pengecas EV

ZHANG Qiang (tengah) pada majlis menandatangani perjanjian di Centre of Excellence Proton...

Uniten, GMT tubuh makmal geoteknolog
Ekonomi

Uniten, GMT tubuh makmal geoteknolog

KHAIRUL (empat dari kiri) dan Mustapha (empat dari kanan) pada majlis pemeteraian...

MAB Academy terima anugerah IATA dalam penggunaan VR
Ekonomi

MAB Academy terima anugerah IATA dalam penggunaan VR

AIDA Salfaraz Ahmad Fadzil mewakili MAB Academy menerima Anugerah Inovasi Pusat Latihan...