Home Ekonomi IPG tidak diberikan untuk pekebun kecil pada Mac 2025
Ekonomi

IPG tidak diberikan untuk pekebun kecil pada Mac 2025

Foto fail

KUALA LUMPUR, 2 April – Insentif Pengeluaran Getah (IPG) tidak diaktifkan bagi pekebun kecil getah di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak bagi bulan Mac 2025.

Ini berikutan harga purata bulanan getah cuplump di ladang telah melebihi RM3 sekilogram.

Lembaga Getah Malaysia (LGM) dalam satu kenyataan berkata, harga purata bagi getah cuplump pada bulan Mac lalu adalah RM3.80 di Semenanjung, RM3.45 di Sabah dan RM3.40 di Sarawak.

Susulan itu, tiada pembayaran IPG dilakukan bagi bulan berkenaan.

Jelas LGM, IPG itu akan diaktifkan sekiranya harga purata bulanan itu berada pada bawah RM3.

Dalam pada itu, , IPG lateks juga akan diberikan apabila IPG getah cuplump diaktifkan, dengan kadar ditetapkan pada RM0.90 sekilogram bagi 100 peratus Kandungan Getah Kering (KGK).

Related Articles

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20
Ekonomi

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20

PETALING JAYA: Ringgit dijangka terus mengukuh dalam masa terdekat, berpotensi mencecah antara...

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan
Ekonomi

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan

PUTRAJAYA: Malaysia masih berada dalam kedudukan lebih baik berbanding negara serantau seperti...

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei
Ekonomi

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei

MICHAEL Chew (kiri) dan Hannah Yeoh (dua dari kanan) dalam majlis pelancaran...

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025
Ekonomi

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025

CHUA KIM SOONPETALING JAYA: Jumlah tuntutan pampasan yang dibayar oleh syarikat insurans...