Wednesday , 5 February 2025
Home Ekonomi Institusi tempatan sokong Bursa Malaysia untuk minggu ke-14
Ekonomi

Institusi tempatan sokong Bursa Malaysia untuk minggu ke-14

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 27 Januari- Institusi tempatan terus menyokong Bursa Malaysia untuk minggu ke-14 berturut-turut, denganmencatatkan belian bersih berjumlah RM551.6 juta.

Menurut MIDF Amanah Investment Bank Bhd, pelabur runcit tempatan turut meneruskan trend belian walaupun dalam jumlah lebih kecil sebanyak RM149.9 juta.

Laporan Aliran Dananya bagi minggu berakhir 24 Januari memaklumkan, purata jumlah dagangan harian merosot merentasi semua kategori pelabur secara keseluruhan minggu lepas.

Pelabur asing meneruskan penjualan bersih ekuiti di bursa tempatan sebanyak RM701.4 juta, susut sedikit berbanding RM1.33 bilion minggu sebelumnya.

Tiga sektor utama dengan aliran masuk asing bersih ialah perkhidmatan kewangan, telekomunikasi dan media dan amanah pelaburan hartanah.

Sebaliknya utiliti, pembinaan dan hartanah merupakan tiga sektor yang mencatat aliran keluar asing bersih tertinggi.

Related Articles

Ekonomi

Penangguhan kenaikan tarif AS bantu ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 4 Februari– Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari...

Sektor perbankan dijangka berkembang 5.5% tahun ini
Ekonomi

Sektor perbankan dijangka berkembang 5.5% tahun ini

PETALING JAYA: Sektor perbankan dijangka terus berkembang dengan kukuh 5.5 peratus tahun...

Sektor huluan minyak dan gas dijangka kekal bekalan kukuh
Ekonomi

Sektor huluan minyak dan gas dijangka kekal bekalan kukuh

PETALING JAYA: Sektor huluan minyak dan gas (O&G) dijangka mengekalkan bekalan kukuh...

Ekonomi

Niaga hadapan emas dijangka kekal cenderung menaik minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 1 Februari- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives...