Home Ekonomi Institusi kewangan diminta sokong pembangunan kilang pintar PKS
Ekonomi

Institusi kewangan diminta sokong pembangunan kilang pintar PKS

Kerajaan memerlukan sokongan institusi kewangan bagi membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) menubuhkan kilang pintar / Foto Hiasan / Bernama

KUALA LUMPUR, 20 Februari – Kerajaan memerlukan sokongan institusi kewangan bagi membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) menubuhkan kilang pintar dalam usaha mencapai sasaran 3,000 kilang pintar menjelang 2030.

Timbalan Ketua Setiausaha (Industri) Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Hanafi Sakri berkata pembiayaan besar diperlukan untuk menjayakan inisiatif tersebut.

“Inisiatif pembuatan pintar memerlukan pelaburan yang tinggi. Jika satu syarikat memerlukan RM5 juta, maka secara keseluruhan, kita perlu menggerakkan sekitar RM15 bilion untuk mencapai sasaran. Kerajaan tidak mampu menyediakan geran atau pinjaman dalam jumlah sebesar itu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Jelajah MIDF 2025 dan Siri Kedua Anugerah Pembuatan Pintar di ibu negara.

Menurut Hanafi , setakat ini, 500 syarikat telah menerima manfaat menerusi dana intervensi di bawah inisiatif Industry4WRD yang dikendalikan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

Sementara itu, Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF) menyasarkan hampir 3,000 syarikat PKS menyertai program Pembiayaan Sedia Masa Depan (FRF) dan Peningkatan Teknologi Akreditasi Halal (HATI).

Di bawah program tersebut, MIDF memperuntukkan RM300 juta bagi membantu PKS mendapatkan kemudahan pembiayaan, khususnya dalam sektor pembuatan pintar.

Related Articles

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024
Ekonomi

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024

SYED MOHAMED SYED IBRAHIMPETALING JAYA: Kumpulan Johor Corporation (JCorp) pertumbuhan keuntungan sebelum...

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)
Ekonomi

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)

LAKARAN artis pembangunan komersial terbaharu, Nadi (Fasa 3A).PETALING JAYA: S P Setia...

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 
Ekonomi

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 

JAHABARNISA Haja Mohideen (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran tiga model baharu...

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler
Ekonomi

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler

IXORA Ang (dua dari kiri) bersama Pengarah Urusan, Wilayah Selatan Tropicana, Ir....