Home Ekonomi Inisiatif Pembinaan Pantas Mampu Tarik Pelaburan Di Pahang – MPC
Ekonomi

Inisiatif Pembinaan Pantas Mampu Tarik Pelaburan Di Pahang – MPC

Inisiatif Pembinaan Pantas Mampu Tarik Pelaburan Di Pahang – MPC

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Livevartha) — Inisiatif pembinaan pantas yang dilancarkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) bersama Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) baru-baru ini, dijangka memberi impak besar terhadap ekonomi Pahang.

Pengarah MPC Pahang Dr Noor Aishah Hassan berkata bengkel yang melibatkan 36 peserta dari agensi teknikal, pemajudan perunding projek, turut membincangkan inisiatif berkenaanmenerusi projek rintis pembinaan kilang tayar dengan nilai pelaburan RM1.33 bilion di Kuantan, Pahang.

Beliau turut menekankan kerjasama strategik antara MBK, agensi teknikal, pemajudan perunding projek sebagai kunci kejayaan projek berkenaan.

“Inisiatif ini tidak hanya mempercepatproses pembinaan dengan pematuhan peraturan yang tinggi, tetapi turut meningkatkan daya saing dan produktiviti ekonomi di Pahang,” katanya dalam kenyataanhari ini.

Noor Aishah berkatainisiatif pembinaan pantas itujuga dijangka meningkatkan produktiviti sektor pembinaandan menarik pelaburan signifikan ke Pahang.

Pembinaan kilang tayar itu juga dijangka menyediakan lebih 700 peluang pekerjaan, majoriti atau80 peratus daripada jawatan berkenaandisediakan untuk penduduk setempat.

“(Menerusi) pendekatan pembinaan pantas dan efisien yang diterapkan, diharapkan projek ini dapat menarik pelabur ke Kuantan dan menjadikan negeri ini sebagai destinasi pelaburan lebih kompetitif,” kata MPC.

Sementara itu, MBK berharap kejayaan projek tersebut akan membuka jalan untuk lebih banyak projek pembinaan yang cekap dan pantas di masa depan dan seterusnya memperkukuh kedudukan Pahang sebagai pusat pelaburan yang produktif sertaberdaya saing.

— Livevartha

Related Articles

Hektar REIT, Samaiden perkenal inisiatif kemampanan melalui tenaga solar
Ekonomi

Hektar REIT, Samaiden perkenal inisiatif kemampanan melalui tenaga solar

ZAINAL Iskandar Ismail (tiga dari kiri) bersama Chow Pur Hee (empat dari...

Pro-Net tingkat aksesibiliti poin pengecas EV
Ekonomi

Pro-Net tingkat aksesibiliti poin pengecas EV

ZHANG Qiang (tengah) pada majlis menandatangani perjanjian di Centre of Excellence Proton...

Uniten, GMT tubuh makmal geoteknolog
Ekonomi

Uniten, GMT tubuh makmal geoteknolog

KHAIRUL (empat dari kiri) dan Mustapha (empat dari kanan) pada majlis pemeteraian...

MAB Academy terima anugerah IATA dalam penggunaan VR
Ekonomi

MAB Academy terima anugerah IATA dalam penggunaan VR

AIDA Salfaraz Ahmad Fadzil mewakili MAB Academy menerima Anugerah Inovasi Pusat Latihan...