Home Ekonomi Inflasi tahun ini dijangka terkawal – BNM
Ekonomi

Inflasi tahun ini dijangka terkawal – BNM

Inflasi tahun ini dijangka terkawal – BNM

INFLASI tahun ini dijangka terkawal.- GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA: Inflasi keseluruhan dan inflasi teras masing-masing berada pada 1.7 peratus dan 1.8 peratus pada Januari 2025, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

Secara keseluruhan, inflasi pada 2025 dijangka kekal terkawal berikutan keadaan kos global yang semakin reda dan ketiadaan tekanan permintaan dalam negeri yang berlebihan.

Bank pusat itu berkata, harga komoditi global dijangka terus menunjukkan trend menurun, menyumbang kepada keadaan kos yang sederhana.

Dasar berkaitan upah yang diperkenalkan baru-baru ini akan memberikan sokongan tambahan kepada permintaan, meskipun kesan terhadap inflasi dijangka terhad.

Dalam persekitaran ini, kesan keseluruhan langkah-langkah pembaharuan dasar dalam negeri yang diumumkan terhadap inflasi dijangka terkawal.

“Risiko kenaikan inflasi akan bergantung pada tahap kesan limpahan langkah-langkah dasar dalam negeri serta perkembangan luaran berhubung dengan harga komoditi global, pasaran kewangan dan dasar perdagangan,” katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, BNM menjelaskan, prestasi ringgit terus didorong terutamanya oleh perkembangan luaran.

“Perbezaan kadar faedah yang semakin mengecil antara Malaysia dengan ekonomi-ekonomi maju adalah positif untuk ringgit.

“Pasaran kewangan mungkin menghadapi tempoh volatiliti yang ketara disebabkan oleh ketidakpastian dasar global.

“Walau bagaimanapun, prospek ekonomi Malaysia dan pembaharuan struktur dalam negeri yang menggalakkan, berserta inisiatif yang sedang dilaksanakan untuk menggalakkan aliran dana, akan terus memberikan sokongan yang berterusan kepada ringgit,” katanya.

Mengenai ekonomi Malaysia, pertumbuhan yang lebih tinggi sebanyak 5.1 peratus pada 2024, didorong oleh permintaan dalam negeri yang lebih kukuh dan eksport yang kembali pulih.

“Pada masa hadapan, walaupun terdapat ketidakpastian luaran, kekukuhan kegiatan ekonomi dijangka akan berterusan pada tahun ini, dengan berteraskan permintaan dalam negeri.

“Pertumbuhan guna tenaga dan upah serta langkah-langkah dasar, termasuk semakan kenaikan gaji minimum dan gaji penjawat awam juga akan menyokong perbelanjaan isi rumah.

“Peningkatan aktiviti pelaburan yang mantap akan diteruskan oleh projek berbilang tahun yang dilaksanakan dalam sektor swasta dan awam, lebih banyak pelaksanaan pelaburan yang
berterusan yang telah diluluskan serta inisiatif pemangkin yang terus dilaksanakan di bawah beberapa pelan induk nasional,” katanya.

BNM berkata, dalam keadaan ketidakpastian dasar global, eksport dijangka mengembang pada kadar yang lebih sederhana.

“Eksport akan terus disokong oleh peningkatan kitaran teknologi global, pertumbuhan eksport barangan bukan elektrik dan elektronik yang berterusan serta perbelanjaan pelancong yang lebih tinggi.

“Prospek pertumbuhan bergantung pada risiko pertumbuhan menjadi perlahan, yang berpunca terutamanya daripada kelembapan ekonomi rakan-rakan perdagangan utama susulan ketidakpastian yang ketara berhubung dengan dasar perdagangan dan pengeluaran komoditi yang lebih rendah daripada jangkaan,” katanya. – UTUSAN

Related Articles

MYTV Mana-Mana Premium kini boleh ditonton di Google TV pada RM6.90 sebulan
Ekonomi

MYTV Mana-Mana Premium kini boleh ditonton di Google TV pada RM6.90 sebulan

MOHAMMAD Helmi Harith menyempurnakan gimik pelancaran pada Majlis Pelancaran MYTV Mana Mana...

PMCK tampil 23 sen sesaham di Pasaran ACE, premium 1 sen
Ekonomi

PMCK tampil 23 sen sesaham di Pasaran ACE, premium 1 sen

PMCK membuat penampilan sulung di Pasaran ACE Bursa.KUALA LUMPUR: PMCK Berhad (PMCK),...

Paramount tawar ganjaran percutian kepada pembeli rumah
Ekonomi

Paramount tawar ganjaran percutian kepada pembeli rumah

CHEE Siew Pin (kanan) bersama Robbie Blackwood ketika gimik pelancaran Kempen Traverse...

Pro-Net, AMTEL meterai MoU urus komponen, pelupusan bateri EV secara selamat 
Ekonomi

Pro-Net, AMTEL meterai MoU urus komponen, pelupusan bateri EV secara selamat 

ZHANG Qiang (kanan) dan Lim Hun Teik bertukar dokumen perjanjian MoU antara...