Home Ekonomi Inflasi rendah dorong ringgit teruskan kenaikan berbanding dolar AS
Ekonomi

Inflasi rendah dorong ringgit teruskan kenaikan berbanding dolar AS

Inflasi rendah dorong ringgit teruskan kenaikan berbanding dolar AS

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 23 September- Ringgit ditutup sedikit tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin apabila kadar inflasi domestik yang lebih rendah membantu ringgit meneruskan kenaikan yang dicatatkan baru-baru ini, kata penganalisis.

Pada 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.2000/2060 berbanding dolar AS daripada 4.2005/2070 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas,

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata data Indeks Harga Pengguna (IHP) terkini Malaysia iaitu bagi Ogos 2024 merekodkan 1.9 peratus, lebih rendah daripada kadar 2.0 peratus semasa tiga bulan berturut-turut sebelum itu.

Beliau berkata itu menunjukkan pertumbuhan ekonomi yang kukuh di Malaysia, dengan inflasi kekal terkawal.

Oleh itu, Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka tidak melaksanakan langkah pelonggaran yang sama seperti yang diambil Rizab Persekutuan AS (Fed) dan bank pusat utama lain, katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun, Mohd Afzanizam berkata BNM kekal berhati-hati mengenai risiko inflasi yang berpotensi, terutama apabila rasionalisasi subsidi bahan api RON95 masih belum diputuskan.

“Daripada perspektif pelabur asing, aset dalam denominasi ringgit adalah menarik, yang menyokong ringgit berbanding dolar AS,” katanya.

MIDF Amanah Investment Bank Bhd pula menjelaskan ringgit ditutup pada paras paling kukuh dalam tempoh dua setengah tahun minggu lepas.

Menerusi laporan aliran dana mingguannya, bank pelaburan itu menambah ringgit Malaysia meningkat sebanyak 2.3 peratus minggu ke minggu berbanding dolar AS, ditutup pada RM4.204, paras paling kukuh dalam tempoh sejak Mac 2022.

Sementara itu, ringgit diniagakan lebih tinggi kebanyakannya berbanding sekumpulan mata wang utama.

Unit tempatan naik berbanding euro kepada 4.6645/6712 daripada 4.6878/6950 ketika ditutup pada Jumaat, dan meningkat berbanding pound British pada 5.5805/5885 daripada 5.5841/5928.

Bagaimanapun, ringgit turun berbanding yen Jepun kepada 2.9238/9282 daripada 2.9182/9229.

Mata wang domestik diniagakan lebih tinggi kebanyakannya berbanding mata wang negara ASEAN.

Ringgit turun berbanding baht Thailand kepada 12.7203/7451 daripada 12.7026/7288 ketika ditutup Jumaat lepas.

Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2503/2552 daripada 3.2507/2559 , dan lebih kukuh berbanding peso Filipina kepada 7.50/7.52 daripada 7.55/7.56.

Ringgit juga lebih stabil berbanding rupiah Indonesia kepada 276.1/276.7 daripada 277.2/277.8. – Livevartha

Related Articles

Sektor sarung tangan tempatan dijangka terkesan susulan perubahan tarif AS-China
Ekonomi

Sektor sarung tangan tempatan dijangka terkesan susulan perubahan tarif AS-China

PETALING JAYA: Sektor sarung tangan getah tempatan dijangka terjejas susulan pengurangan sementara...

STR, bantuan khas perayaan dorong peningkatan jualan RM154 bilion
Ekonomi

STR, bantuan khas perayaan dorong peningkatan jualan RM154 bilion

Orang ramai menjadikan Kompleks Sogo salah satu pusat beli belah utama untuk...

Pendekatan wilayah jamin keadilan pekebun kecil hadapi EUDR
Ekonomi

Pendekatan wilayah jamin keadilan pekebun kecil hadapi EUDR

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Pendekatan wilayah dilihat sebagai jalan tengah yang lebih adil...

Ringgit dijangka susut ke paras RM4.35 sedolar AS minggu ini
Ekonomi

Ringgit dijangka susut ke paras RM4.35 sedolar AS minggu ini

RINGGIT dijangka melemah pada minggu ini susulan pengukuhan nilai dolar Amerika Syarikat....