Thursday , 23 January 2025
Home Ekonomi Inflasi menyederhana kepada 1.7 peratus pada Disember 2024
Ekonomi

Inflasi menyederhana kepada 1.7 peratus pada Disember 2024

Inflasi menyederhana kepada 1.7 peratus pada Disember 2024

INFLASI menyederhana pada 1.7 peratus pada Disember 2024. – GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA: Inflasi Malaysia menyederhana kepada 1.7 peratus pada Disember 2024 dengan mata indeks mencatatkan 133.4 berbanding 131.2 pada bulan yang sama tahun sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan.

Peningkatan itu didorong oleh peningkatan lebih perlahan bagi kumpulan utama penjagaan diri, perlindungan sosial dan pelbagai barangan dan perkhidmatan (3.2 peratus), rekreasi, sukan dan kebudayaan (1.7 peratus), kesihatan (1.1 peratus) dan hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah (0.4 peratus)

Namun, inflasi restoran dan perkhidmatan penginapan, serta makanan dan minuman masing-masing meningkat pada kadar lebih tinggi iaitu 2.9 peratus dan 2.7 peratus berbanding 2.8 peratus dan 2.6 peratus pada November 2024.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, inflasi maklumat dan komunikasi terus menurun kepada negatif 5.4 peratus pada Disember 2024 berbanding negatif 3.9 peratus pada November 2024.

“Ini disebabkan oleh penurunan inflasi subkumpulan utama perkhidmatan maklumat dan komunikasi pada negatif 6.4 peratus (November 2024: -4.4 peratus).

“Pakaian dan kasut kekal berada dalam jajaran negatif iaitu negatif 0.5 peratus (November 2024: -0.3 peratus).

“Sementara itu, perumahan, air, elektrik, gas & bahan api lain (3.2 peratus), pendidikan (1.5 peratus), minuman alkohol dan tembakau (0.8 peratus), insurans dan perkhidmatan kewangan (0.5 peratus) dan pengangkutan (0.4 peratus) meningkat pada kadar yang sama seperti bulan sebelumnya,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, kebanyakan negeri merekodkan inflasi di bawah paras inflasi nasional 1.7 peratus.

“Bagaimanapun, inflasi bagi lima negeri meningkat melebihi paras inflasi nasional iaitu Pulau Pinang (2.6 peratus), Pahang (2.3 peratus), Selangor (2.0 peratus), Johor (1.8 peratus) dan Sarawak (1.8 peratus).

“Kesemua negeri mencatatkan peningkatan dalam inflasi makanan dan minuman. Kadar tertinggi dicatatkan oleh Selangor pada 4.1 peratus, diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (3.1 peratus), Johor (3.0 peratus), Terengganu (2.9 peratus) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya (2.9 peratus).

“Sementara itu, negeri-negeri lain menunjukkan peningkatan di bawah paras inflasi makanan dan minuman nasional iaitu 2.7 peratus pada Disember 2024,” katanya.

Bagi perbandingan inflasi dengan negara-negara terpilih, inflasi di Malaysia (1.7 peratus) lebih rendah berbanding inflasi di Vietnam (2.9 peratus), Filipina (2.9 peratus) dan Republik Korea (1.9 peratus), manakala kadar tersebut lebih tinggi berbanding Indonesia (1.6 peratus). Thailand (1.2 peratus) dan China (0.1 peratus). – UTUSAN

Related Articles

MBSB lancar kempen ‘Simpan Berganda Menang Bergaya 4.0’
Ekonomi

MBSB lancar kempen ‘Simpan Berganda Menang Bergaya 4.0’

Pemenang kempen ‘Simpan Berganda Menang Bergaya 3.0’ MBSB Bank, Asrolhisyam Mohd Alias...

BNM kekalkan OPR pada 3.0 peratus
Ekonomi

BNM kekalkan OPR pada 3.0 peratus

PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada...

Pasaran sukuk ESG global dijangka melebihi AS bilion pada 2025
Ekonomi

Pasaran sukuk ESG global dijangka melebihi AS$50 bilion pada 2025

PETALING JAYA: Pasaran sukuk alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) global...

NIIF dijangka dilancarkan pertengahan tahun ini, jana ekonomi lebih dinamik
Ekonomi

NIIF dijangka dilancarkan pertengahan tahun ini, jana ekonomi lebih dinamik

LIEW Chin Tong (tengah) bersama Linda Yip (dua dari kanan) dan Ketua...