Home Ekonomi IGEM sasar RM5.5 bilion dalam potensi perniagaan 
Ekonomi

IGEM sasar RM5.5 bilion dalam potensi perniagaan 

IGEM sasar RM5.5 bilion dalam potensi perniagaan 

NIK Nazmi Nik Ahmad (tengah) selepas melancarkan Pameran dan Persidangan Teknologi Hijau dan Produk Eko Antarabangsa Malaysia (IGEM) 2025 di Hilton Kuala Lumpur, semalam.-UTUSAN/SABRINA ZULKIFLI

KUALA LUMPUR: Pameran dan Persidangan Teknologi Hijau dan Produk Eko Antarabangsa Malaysia (IGEM) menyasarkan RM5.5 bilion potensi perniagaan tahun ini. 

Pameran yang akan berlangsung pada 15 hingga 17 Oktober ini turut menyasarkan 250 pempamer dengan 500 reruai pameran dari 50 negara. 

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sasaran ini mengukuhkan lagi kedudukan IGEM sebagai platform utama dalam teknologi hijau dan kelestarian alam serta memperkukuh peranannya sebagai peneraju serantau. 

Kata beliau, kepentingan kerjasama antara pemimpin industri, pembuat dasar dan komuniti dalam membangunkan penyelesaian, menggerakkan modal serta memperkukuh ekonomi selaras dengan matlamat kelestarian global.

“Saya berharap lebih banyak organisasi dan negara akan menyertai IGEM tahun ini. Dengan visi bersama ini, marilah kita terus meneroka peluang baharu, menjalin kerjasama strategik dan mengorak langkah berani dalam membentuk masa depan yang lestari, makmur dan berdaya tahan untuk semua,” katanya semasa majlis pra-pelancaran IGEM di sini, semalam.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sebagai pengerusi ASEAN pada tahun ini, Malaysia akan memanfaatkan IGEM 2025 sebagai platform utama untuk mempamerkan kepimpinan negara dalam penyelesaian hijau serantau. 

“Sidang Kemuncak Kelestarian Kuala Lumpur (KLSS) yang pertama juga akan diadakan dari 14 hingga 16 Oktober tahun ini. 

“KLSS merupakan platform antarabangsa untuk menghimpunkan pemikir dan pemimpin bagi bertukar pandangan mengenai perubahan iklim dan kelestarian,” katanya. 

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif  Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Datuk Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid berkata, IGEM merupakan peranan penting dalam menarik pelaburan teknologi hijau bernilai tinggi.

“Peningkatan berterusan dalam potensi pelaburan IGEM, daripada RM3.08 bilion pada 2020 kepada RM6.3 bilion pada 2024, menunjukkan keyakinan yang semakin kukuh terhadap ekonomi hijau Malaysia.

“MIDA dengan kerjasama erat Perbadanan Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia (MGTC) komited untuk menarik pelaburan hijau bernilai tinggi, seterusnya mengukuhkan status Malaysia sebagai hab kelestarian terkemuka. Ini adalah seruan kepada kita semua untuk berganding bahu dalam memajukan ekonomi hijau negara,” katanya.-UTUSAN

Related Articles

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20
Ekonomi

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20

PETALING JAYA: Ringgit dijangka terus mengukuh dalam masa terdekat, berpotensi mencecah antara...

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan
Ekonomi

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan

PUTRAJAYA: Malaysia masih berada dalam kedudukan lebih baik berbanding negara serantau seperti...

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei
Ekonomi

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei

MICHAEL Chew (kiri) dan Hannah Yeoh (dua dari kanan) dalam majlis pelancaran...

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025
Ekonomi

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025

CHUA KIM SOONPETALING JAYA: Jumlah tuntutan pampasan yang dibayar oleh syarikat insurans...