Home Ekonomi Ho Kong Soon kini Penasihat Kumpulan Matrix Concepts
Ekonomi

Ho Kong Soon kini Penasihat Kumpulan Matrix Concepts

Ho Kong Soon kini Penasihat Kumpulan Matrix Concepts

KELVIN Lee Chin Chuan, anak kedua kepada Pengasas dan Timbalan Pengerusi Eksekutif Kumpulan, Datuk Seri Lee Tian Hock, akan menyertai syarikat sebagai Pengarah Eksekutif pada 1 April 2025.

PETALING JAYA: Matrix Concepts Holdings Bhd. mengumumkan Pengarah Urusan Kumpulannya, Ho Kong Soon akan melepaskan jawatannya berkuat kuasa 1 April 2025 dan dilantik sebagai Penasihat Kumpulan, membolehkannya terus menyumbang dari segi strategi dan bimbingan.  

Menurut kenyataannya, beliau menerajui  syarikat pembangunan hartanah itu sejak 2018.

Syarikat turut mengumumkan Kelvin Lee Chin Chuan, anak kedua kepada Pengasas dan Timbalan Pengerusi Eksekutif Kumpulan, Datuk Seri Lee Tian Hock, akan menyertai syarikat sebagai Pengarah Eksekutif pada tarikh sama.  

“Beliau akan bertanggungjawab ke atas operasi perniagaan utama serta menyokong pertumbuhan dan hala tuju strategik kumpulan,” katanya. 

Matrix Concepts berkata, perancangan peralihan kepimpinan sedang berjalan lancar bagi memastikan kesinambungan dan kestabilan operasi syarikat.  

“Pengumuman rasmi mengenai perkara ini akan dibuat dalam masa terdekat,” katanya.-UTUSAN

Related Articles

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20
Ekonomi

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20

PETALING JAYA: Ringgit dijangka terus mengukuh dalam masa terdekat, berpotensi mencecah antara...

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan
Ekonomi

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan

PUTRAJAYA: Malaysia masih berada dalam kedudukan lebih baik berbanding negara serantau seperti...

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei
Ekonomi

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei

MICHAEL Chew (kiri) dan Hannah Yeoh (dua dari kanan) dalam majlis pelancaran...

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025
Ekonomi

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025

CHUA KIM SOONPETALING JAYA: Jumlah tuntutan pampasan yang dibayar oleh syarikat insurans...