Home Ekonomi HDC-MAHTEC bekerjasama tingkat ekosistem halal Malaysia
Ekonomi

HDC-MAHTEC bekerjasama tingkat ekosistem halal Malaysia

HDC-MAHTEC bekerjasama tingkat ekosistem halal Malaysia

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Livevartha) –Perbadanan Pembangunan Halal (HDC) serta Persatuan Pusat Latihan dan Pendidikan Hotel Malaysia (MAHTEC) telah menandatangani memorandum perjanjian (MOA) untuk meningkatkan ekosistem halal negara dengan mengintegrasikan industri perhotelan ke dalam inisiatif pembangunan halal yang lebih luas.

Ini akan dilaksanakan melalui penglibatan pemain sektor hospitaliti yang akan mengambil bahagian secara aktif dalam ekosistem halal Malaysia yang semakin berkembang, kata HDC dalam satu kenyataan hari ini.

“Kerjasama ini dijangka membuahkan beberapa hasil utama, termasuk penubuhan kumpulan bakat halal yang mencukupi bagi memenuhi permintaan yang semakin bercambah dalam sektor hospitaliti Malaysia.

"Inisiatif ini juga akan memberi tumpuan kepada peningkatan kemahiran dan latihan semula bakat tempatan, menyediakan Malaysia untuk menjadi peneraju global dalam pembangunan bakat halal termasuk hospitaliti yang mesra Muslim,"katanya lagi.

Di bawah perkongsian itu, HDC serta MAHTEC akan menawarkan program latihan industri halal yang komprehensif bagi melengkapkan profesional hospitaliti dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk cemerlang dalam sektor halal.

“Program latihan akan merangkumi tiga komponen utama iaitu Asas Industri Halal dan Pensijilan Halal Malaysia, Program Latihan Kompetensi Halal serta Program Eksekutif Halal Bertauliah (CHEP),” katanya.

Melalui program latihan ini, HDC serta MAHTEC berhasrat untuk mewujudkan kesedaran dan keterlihatan yang lebih besar dalam peluang industri halal, selain memanfaatkan kumpulan sasaran baharu serta sedia ada dalam industri perhotelan.

“Usaha ini adalah selaras dengan aspirasi kerajaan untuk 'Tahun Melawat Malaysia 2025', seterusnya menyumbang kepada produk pembangunan kasar Malaysia dan meletakkan negara sebagai destinasi utama untuk hospitaliti mesra Muslim,” katanya.

Pengerusi HDC Khairul Azwan Harun menambah kerjasama itu menandakan satu lagi kejayaan dalam inisiatif Pelan Induk Industri Halal 2030, memperkukuhkan lagi kepimpinan Malaysiadalam ekonomi halal global dan pelancongan mesra Muslim.

Related Articles

Hektar REIT, Samaiden perkenal inisiatif kemampanan melalui tenaga solar
Ekonomi

Hektar REIT, Samaiden perkenal inisiatif kemampanan melalui tenaga solar

ZAINAL Iskandar Ismail (tiga dari kiri) bersama Chow Pur Hee (empat dari...

Pro-Net tingkat aksesibiliti poin pengecas EV
Ekonomi

Pro-Net tingkat aksesibiliti poin pengecas EV

ZHANG Qiang (tengah) pada majlis menandatangani perjanjian di Centre of Excellence Proton...

Uniten, GMT tubuh makmal geoteknolog
Ekonomi

Uniten, GMT tubuh makmal geoteknolog

KHAIRUL (empat dari kiri) dan Mustapha (empat dari kanan) pada majlis pemeteraian...

MAB Academy terima anugerah IATA dalam penggunaan VR
Ekonomi

MAB Academy terima anugerah IATA dalam penggunaan VR

AIDA Salfaraz Ahmad Fadzil mewakili MAB Academy menerima Anugerah Inovasi Pusat Latihan...