Home Ekonomi Harga simen meningkat hingga 2.9 peratus pada Januari
Ekonomi

Harga simen meningkat hingga 2.9 peratus pada Januari

Harga simen meningkat hingga 2.9 peratus pada Januari

Kenaikan harga simen membimbangkan kontraktor yang mungkin menaikkan upah pembinaan bagi menampung kos.

PETALING JAYA: Indeks harga seunit simen merekodkan peningkatan antara 0.2 peratus hingga 2.9 peratus bagi kebanyakan kawasan pada Januari 2025 berbanding bulan lepas.

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, peningkatan tertinggi bagi indeks harga simen telah direkodkan di kawasan Sandakan dengan 2.9 peratus diikuti dengan Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan (1.2 peratus).

“Selain itu, indeks harga seunit besi mencatatkan penurunan antara negatif 0.6 peratus hingga negatif 4.3 peratus bagi hampir semua kawasan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak pada Januari 2025 berbanding bulan lepas.

“Penurunan tertinggi bagi harga besi direkokan di Pahang (-4.3 peratus), diikuti Sandakan (-2.8 peratus) dan Perak (-2.2 peratus).

“Harga seunit keratan keluli dan logam juga merekodkan penurunan antara negatif 0.2 peratus hingga negatif 2.7 peratus pada Januari 2025 berbanding bulan lepas,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, perbandingan tahunan untuk tempoh Januari 2024 dan Januari 2025 menunjukkan indeks harga seunit simen telah merekodkan peningkatan antara 0.2 peratus hingga 4.0 peratus bagi kebanyakan kawasan di negara ini.

“Peningkatan tertinggi indeks ini dicatatkan di Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan (4.0 peratus), diikuti Pahang (3.3 peratus) dan Sandakan (2.2 peratus).

“Namun, perbandingan tahunan indeks harga seunit besi pula mencatatkan penurunan antara negatif 2.3 peratus hingga negatif 14.5 peratus pada Januari 2025 berbanding bulan sama tahun lalu bagi kebanyakan kawasan dengan penurunan tertinggi direkodkan di Perak (-14.5 peratus),” katanya.

Mohd. Uzir berkata, purata harga seunit besi yang terdiri daripada bar bulat keluli lembut dan Mycon 60 high tensile deformed bars telah mencatatkan penurunan (-0.7 peratus) dengan purata harga RM3,563.76 bagi setiap tan metrik berbanding bulan sebelumnya (Disember 2024: RM3,588.31 per tan metrik).

“Selain itu, purata harga simen Ordinary Portland pada Januari 2025 merekodkan peningkatan kecil iaitu 0.4 peratus, dengan purata harga RM23.34 per 50 kilogram (kg) sekarung berbanding Disember 2024 (RM23.25 per 50kg sekarung).

“IKB termasuk bar keluli mengikut kategori bangunan dan kawasan di semenanjung Malaysia merekodkan penurunan iaitu antara negatif 0.2 peratus hingga negatif 1.8 peratus pada Januari 2025 berbanding bulan sebelumnya.

“Penurunan IKB termasuk bar keluli telah dicatatkan bagi hampir semua kategori bangunan kecuali Bangunan Kayu dan Cerucuk Kayu,” ujarnya.

Jelasnya, IKB termasuk bar keluli di Sabah juga turut menunjukkan penurunan kecil iaitu antara negatif 0.1 peratus hingga negatif 1.9 peratus bagi hampir semua kategori bangunan (kecuali Cerucuk Kayu) di Sandakan dan Tawau.

“IKB di Kota Kinabalu pula merekodkan peningkatan antara 0.1 peratus hingga 0.4 peratus bagi hampir semua kategori bangunan kecuali penurunan dalam indeks bagi kategori Kerangka Besi 1 Tingkat (Menara sahaja) (-0.5 peratus).

“Perbandingan bulanan IKB termasuk bar keluli di Sarawak pada Januari 2025 mencatatkan peningkatan kecil iaitu 0.1 peratus dan 0.2 peratus bagi hampir semua kategori bangunan di Kuching dan Miri.

“Selain itu, IKB termasuk bar keluli bagi hampir semua kategori bangunan di Sibu merekodkan penurunan iaitu antara negatif 0.4 peratus dan negatif 0.6 peratus bagi hampir semua kategori bangunan, kecuali peningkatan kecil 0.2 peratus dalam indeks bagi Bangunan Kayu dan Cerucuk Kayu,” katanya. – UTUSAN

Related Articles

Sukar dapat dana, dorong syarikat pemula berpindah
Ekonomi

Sukar dapat dana, dorong syarikat pemula berpindah

PEMANDANGAN Kuala Lumpur.WALAUPUN ekosistem startup atau pemula niaga Malaysia terus berkembang, akses...

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah
Ekonomi

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah

KHAIRIL ANUAR MOHAMMAD ANUARPETALING JAYA: Co-opbank Pertama (CBP) menjalinkan kerjasama strategik bersama...

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE
Ekonomi

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE

DARREN Chang (tengah) ketika sidang media selepas penyenaraian syarikat itu di Pasaran...

Tealive yakin capai sasaran tembusi 13 negara tahun ini
Ekonomi

Tealive yakin capai sasaran tembusi 13 negara tahun ini

BRYAN LOO (depan, tiga dari kanan) bersama Khairy Jamaluddin (empat dari kiri)...