Home Ekonomi Harga seunit besi naik antara 0.2% hingga 0.9% pada November
Ekonomi

Harga seunit besi naik antara 0.2% hingga 0.9% pada November

Harga seunit besi naik antara 0.2% hingga 0.9% pada November

GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA: Indeks harga seunit besi mencatatkan peningkatan antara 0.2 peratus hingga 0.9 peratus bagi kebanyakan kawasan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak pada November 2024 berbanding bulan lepas, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, peningkatan tertinggi bagi indeks harga seunit bahan ini dicatatkan di Kota Kinabalu (0.9 peratus), diikuti dengan Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan (0.5 peratus) serta Pulau Pinang, Kedah dan Perlis (0.3 peratus). 

Katanya, indeks harga seunit simen dan pasir pula kekal tidak berubah bagi hampir semua kawasan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak pada November 2024. 

“Namun begitu, terdapat penurunan antara negatif 0.3 peratus hingga negatif 4.4 peratus indeks harga seunit keratan keluli dan logam bagi hampir semua kawasan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak pada November berbanding bulan lepas. 

“Perbandingan tahunan untuk tempoh November 2023 dan November 2024 menunjukkan indeks harga seunit simen merekodkan peningkatan antara 0.2 peratus hingga 2.8 peratus bagi kebanyakan kawasan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak,” katanya dalam kenyataan.

Mohd. Uzir berkata, peningkatan tertinggi dicatatkan di Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan (2.8 peratus), diikuti dengan Pahang (2.7 peratus) dan Pulau Pinang, Kedah dan Perlis (2.2 peratus). 

Namun begitu, beliau berkata, perbandingan tahunan indeks harga seunit besi pula mencatatkan penurunan antara negatif 0.6 peratus hingga negatif 3.6 peratus pada November 2024 berbanding bulan yang sama tahun lalu bagi kebanyakan kawasan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. 

“Purata harga simen (Ordinary Portland) merekodkan peningkatan kecil, dengan purata harga RM23.25 per 50 kilogram (kg) sekarung berbanding Oktober 2024 (RM23.22 bagi 50 kg sekarung). 

“Selain daripada itu, purata harga seunit besi yang terdiri daripada bar bulat keluli lembut dan Mycon 60 high tensile deformed bars pula telah mencatatkan penurunan (-0.1 peratus) dengan purata harga RM3,628.90 bagi setiap tan metrik berbanding bulan sebelumnya (Oktober 2024: RM3,631.58 setan metrik). 

“Purata harga bahan ini juga telah mencatatkan penurunan secara konsisten setiap bulan sejak Julai 2024,” ujarnya.

Menurutnya, Indeks Kos Bahan Binaan Bangunan (IKB) termasuk bar keluli mengikut kategori bangunan dan kawasan di Semenanjung Malaysia merekodkan penurunan kecil iaitu antara negatif 0.1 peratus hingga negatif 0.5 peratus pada November 2024 berbanding bulan sebelumnya. 

Jelasnya, penurunan bagi IKB termasuk bar keluli telah dicatatkan bagi hampir semua kategori bangunan kecuali cerucuk kayu di kawasan Perak, Johor dan Terengganu & Kelantan. 

“Walau bagaimanapun, terdapat sedikit peningkatan antara 0.1 peratus sehingga 0.3 peratus bagi hampir semua kategori bangunan di kawasan Pulau Pinang, Kedah & Perlis dan Selangor, Kuala Lumpur, Melaka & Negeri Sembilan.

“Tambahan daripada itu, IKB termasuk bar keluli di Sabah pula menunjukkan peningkatan kecil iaitu antara 0.3 peratus hingga 0.5 peratus bagi hampir semua kategori bangunan kecuali bangunan kayu dan cerucuk kayu di Kota Kinabalu,” ujarnya.

Sementara itu, perbandingan bulanan IKB termasuk bar keluli di Sarawak pada November 2024 juga mencatatkan penurunan kecil antara negatif 0.3 peratus hingga negatif 1.2 peratus bagi hampir semua kategori bangunan di Kuching.-UTUSAN

Related Articles

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion
Ekonomi

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion

PETALING JAYA: Jumlah pelaburan komited Ekuiti Nasional Bhd. (Ekuinas) bagi tahun kewangan...

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan
Ekonomi

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan

FADILLAH Yusof semasa ucaptama di Majlis Peluncuran Laporan Interim Banci Pertanian 2024...

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau
Ekonomi

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau

TENGKU ZAFRUL ABDUL AZIZKUALA LUMPUR: ASEAN boleh menjana tambahan AS$300 bilion (RM1.27...

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat
Ekonomi

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Rasionalisasi subsidi bahan api RON95 mungkin akan ditunda ke...