Thursday , 23 January 2025
Home Ekonomi Hala Tuju Dasar Kerajaan Mula Nampakkan Hasil, Tarik Semula Perhatian Pelabur – Rafizi
Ekonomi

Hala Tuju Dasar Kerajaan Mula Nampakkan Hasil, Tarik Semula Perhatian Pelabur – Rafizi

Hala Tuju Dasar Kerajaan Mula  Nampakkan Hasil, Tarik Semula Perhatian Pelabur – Rafizi

Kredit : X Rafizi Ramli

KUALA LUMPUR, 6 Ogos(Livevartha) — Hala tuju dasar kerajaan mula menampakkan hasil serta menarik semula perhatian dan keyakinan pelabur berdasarkan beberapa perkembangan terkini ekonomi negara,kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Beliau berkata ini termasuk naratif ekonomi yang meyakinkan, pelaburan asing yang semakin meningkat, komitmen pengukuhan fiskal dan pertumbuhan ekonomi Malaysia yang diunjur berkembang 5.8 peratus pada suku kedua 2024 serta ringgit yang menunjukkan tanda-tanda pengukuhan mendadak.

Katanya komitmen Kerajaan Perpaduan terhadap pembaharuan fiskal yang sukar dan perancangan ekonomi yang komprehensif telah menghasilkan satu naratif pertumbuhan ekonomi yang baharu.

“Mata wang tempatan telah mengatasi prestasi dolar AS (Amerika Syarikat) selama 10 hari berturut-turut, iaitu prestasi terbaik dalam tempoh 14 tahun.

“Setakat ini, ringgit telah mengukuh sebanyak 2.16 peratus berbanding dolar AS. Malah, prestasi ringgitmengatasi beberapa mata wang utama antarabangsa seperti pound, RMB (renminbi) China dan euro,”katanya dalam catatan di platform X hari ini.

Rafizi berkata ringgit adalah satu-satunya mata wang di Asia yang mengukuh berbanding dolar AS.

“Bergerak ke hadapan, kita menjangka penurunankadar faedah pertama di ASyang boleh berlaku seawal pertengahan September akan terus mengukuhkan lagi kedudukan ringgit.

“Walaupun terdapat kata sepakat dalam kalangan firma penyelidikan bahawa ringgit akan terus mengukuh, tumpuan saya kekal kepada pelaksanaan dasar yang telah dirancang secara berkesan,”katanya.

Bagaimanapun, katanya ekonomi dunia akan terus bergolak dalam masa terdekat yang akan terus mempengaruhi turun naik ringgit.

Related Articles

MBSB lancar kempen ‘Simpan Berganda Menang Bergaya 4.0’
Ekonomi

MBSB lancar kempen ‘Simpan Berganda Menang Bergaya 4.0’

Pemenang kempen ‘Simpan Berganda Menang Bergaya 3.0’ MBSB Bank, Asrolhisyam Mohd Alias...

BNM kekalkan OPR pada 3.0 peratus
Ekonomi

BNM kekalkan OPR pada 3.0 peratus

PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada...

Pasaran sukuk ESG global dijangka melebihi AS bilion pada 2025
Ekonomi

Pasaran sukuk ESG global dijangka melebihi AS$50 bilion pada 2025

PETALING JAYA: Pasaran sukuk alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) global...

NIIF dijangka dilancarkan pertengahan tahun ini, jana ekonomi lebih dinamik
Ekonomi

NIIF dijangka dilancarkan pertengahan tahun ini, jana ekonomi lebih dinamik

LIEW Chin Tong (tengah) bersama Linda Yip (dua dari kanan) dan Ketua...