Home Ekonomi GML, FAMCO bekal 76 bas untuk Dubai RTA, UAE
Ekonomi

GML, FAMCO bekal 76 bas untuk Dubai RTA, UAE

GML, FAMCO bekal 76 bas untuk Dubai RTA, UAE

ANTHONY Loke (tengah) menyaksikan majlis menandatangani kontrak antara GML dab FAMCO di Johor Bahru, Khamis lalu.

PETALING JAYA: Gemilang International Limited (GML), pengeluar bas dan badan bas dan Al-Futtaim Auto & Machinery Company (FAMCO), peneraju mobiliti di Emiriah Arab Bersatu (UAE), menandatangani kontrak untuk membekalkan 76 bas dua tingkat Volvo kepada Dubai Roads and Transport Authority (Dubai RTA) di UAE.

Pengarah Eksekutif GML, Pang Jun Jie berkata, kontrak ini mencerminkan komitmen syarikat untuk menyediakan penyelesaian pengangkutan berkualiti tinggi dan inovatif serta kepercayaan yang telah dibina bersama FAMCO dan rakan kongsi antarabangsanya.

Katanya, sebagai sebuah syarikat yang berbangga dengan identiti Malaysia, pihaknya berbesar hati untuk menyumbang kepada pembangunan sistem pengangkutan awam Dubai. 

“Projek ini juga mencerminkan usaha kami untuk memperluas jejak global Gemilang dengan tumpuan kepada peralihan kepada tenaga lestari dan kenderaan elektrik (EV). 

“Dengan keupayaan unik dan rekod prestasi yang telah kami bina, kami berada di posisi yang baik untuk mendapatkan lebih banyak projek antarabangsa pada masa hadapan,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

 Pengarah Urusan Serantau Al-Futtaim Industrial Equipment (FAMCO), Ramez Hamdan berkata, projek ini bukan sekadar penghantaran bas, tepi juga bertujuan untuk meningkatkan keseluruhan infrastruktur pengangkutan awam di Dubai. 

“Di FAMCO, kami percaya bahawa inovasi sebenar tercetus daripada kerjasama dengan yang terbaik. 

“Kami berbangga dapat memanfaatkan kepakaran global Volvo dan Gemilang untuk menyediakan penyelesaian pengangkutan bertaraf dunia yang menetapkan penanda aras baharu untuk keselamatan, kecekapan dan kelestarian di rantau ini,” ujarnya.

Majlis menandatangani kontrak tersebut berlangsung pada Khamis lalu di Johor Bahru dan disaksikan oleh Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke Siew Fook. 

Projek RTA Dubai ini akan menampilkan bas dua tingkat yang dibina di atas casis Volvo, dilengkapi dengan struktur aluminium inovatif dari GML yang menggunakan Teknologi Badan Bas Aluminium Alloy dan Sistem Bolt dari Constellium. 

Direka oleh jurutera Swiss, teknologi ini terkenal dengan ketahanan dan prestasinya di Eropah selama lebih 50 tahun. 

Selain bas dua tingkat, GML yang tersenarai di Bursa Saham Hong Kong juga akan membekalkan bas elektrik Volvo BZL kepada FAMCO, sekali gus menunjukkan komitmen GML terhadap pengangkutan lestari.

Penghantaran bas-bas ini akan menjadi sumbangan signifikan kepada landskap pengangkutan awam Dubai, selaras dengan objektif kelestarian bandar tersebut serta menyokong visi untuk masa depan yang lebih cekap dan hijau.-UTUSAN

Related Articles

Rumah mampu milik gagal disebabkan faktor lokasi, mutu binaan
Ekonomi

Rumah mampu milik gagal disebabkan faktor lokasi, mutu binaan

RUMAH mampu milik perlu dibina dengan lokasi yang strategik serta mutu binaan...

Permintaan rumah mampu milik bawah RM500,000 terus dominasi pasaran
Ekonomi

Permintaan rumah mampu milik bawah RM500,000 terus dominasi pasaran

Pengurus PropertyGuru & iProperty, Kenneth Soh pada Laporan Kemampanan PropertyGuru Group 2024...

Sektor sarung tangan tempatan dijangka terkesan susulan perubahan tarif AS-China
Ekonomi

Sektor sarung tangan tempatan dijangka terkesan susulan perubahan tarif AS-China

PETALING JAYA: Sektor sarung tangan getah tempatan dijangka terjejas susulan pengurangan sementara...

STR, bantuan khas perayaan dorong peningkatan jualan RM154 bilion
Ekonomi

STR, bantuan khas perayaan dorong peningkatan jualan RM154 bilion

Orang ramai menjadikan Kompleks Sogo salah satu pusat beli belah utama untuk...