Home Ekonomi Glomac lancar Serai @SBCR dengan GDV RM353j
Ekonomi

Glomac lancar Serai @SBCR dengan GDV RM353j

Glomac lancar Serai @SBCR dengan GDV RM353j

ZULKIFLY Garib (tengah) pada taklimat projek pembangunan Serai @ Sungai Buloh Country Resort di Saujana Utama Sales Gallery di sini, semalam.-UTUSAN/SYAKIR RADIN

SUNGAI BULOH: Glomac Berhad (Glomac) memperkenalkan pembangunan baharu, Serai @SBCR di Bandar Saujana Utama, Sungai Buloh dengan jumlah nilai pembangunan kasar (GDV) RM353 juta. 

Ketua Pegawai Operasi Glomac, Zulkifly Garib berkata, projek pembangunan Serai @SBCR itu dimajukan oleh Elmina Equestrian Centre (M) Sdn. Bhd. menawarkan pelbagai kemudahan dan gaya hidup moden meliputi sejumlah 374 unit rumah teres dua tingkat, dua plot komersial dan 374 pangsapuri mampu milik. 

“Pembangunan ini mempunyai empat fasa iaitu Serai 1 (Serai One) sebanyak 112 unit, Serai 2 (96 unit), Serai 3 (90 unit) dan Serai 4 (76 unit) dengan pelbagai saiz keluasan,” katanya semasa Taklimat Media Serai @SBCR di sini, semalam. 

Selain itu, ujarnya, memfokuskan fasa Serai One, pembangunan itu telah mendapat 85 tempahan dengan GDV bernilai RM78.6 juta dan dijangka siap pertengahan 2027.

“Pembangunan ini menawarkan rumah teres dua tingkat (20’  x 70’  dan 22’ x 70’) dengan rekaan moden dan saiz yang sesuai untuk pelbagai keperluan keluarga. 

“Harga jualan rumah ini bermula dari RM654,220 hingga RM911,430, menjadikannya pilihan mampu milik untuk pembeli yang mencari rumah di kawasan perbandaran matang,” katanya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai prospek pasaran hartanah, beliau menyatakan bahawa pasaran dijangka bertambah baik, namun persoalannya sejauh mana peningkatan tersebut dapat dicapai.  

“Peningkatan ini bergantung kepada beberapa faktor, dengan ekonomi dan kemampuan pembeli menjadi faktor utama. 

“Dalam Belanjawan 2025, yang bermula tahun depan, gaji minimum akan dinaikkan dan pastinya terdapat kenaikan kos buruh bagi kontraktor serta secara tidak langsung akan meningkatkan kos pembinaan.  

“Walaupun tanpa mengambil kira kos bahan mentah, jika harga bahan stabil, kos buruh dijangka tetap meningkat disebabkan oleh kenaikan gaji,” ujarnya.  

Menurut beliau, perbincangan dengan kontraktor atau pembina utama, mereka juga berpendapat bahawa kos buruh akan meningkat. 

“Jika pelaksanaan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) diteruskan, ini adalah perkara baik untuk pengguna kerana dana KWSP akan bertambah, tetapi ia mempunyai kebaikan dan keburukan. 

“Kekurangannya ialah kontraktor atau pengilang perlu membayar lebih, yang bermaksud harga akan meningkat. 

“Apabila harga meningkat, kos kami juga meningkat kerana kami tidak membina sendiri tetapi menyerahkan kontrak kepada pihak ketiga,” katanya. 

Zulkifly berkata, pihaknya tidak pasti bagaimana untuk menurunkan harga rumah, namun secara amnya percaya pasaran hartanah akan bertambah baik. 

“Tetapi sekali lagi, itu tidak mengambil kira keadaan ekonomi umum, terutamanya berkaitan dengan kemenangan Donald Trump dalam Pilihan Raya Amerika Syarikat (AS). Jika itu diketepikan, pasaran sepatutnya lebih baik,” katanya.-UTUSAN

Related Articles

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20
Ekonomi

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20

PETALING JAYA: Ringgit dijangka terus mengukuh dalam masa terdekat, berpotensi mencecah antara...

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan
Ekonomi

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan

PUTRAJAYA: Malaysia masih berada dalam kedudukan lebih baik berbanding negara serantau seperti...

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei
Ekonomi

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei

MICHAEL Chew (kiri) dan Hannah Yeoh (dua dari kanan) dalam majlis pelancaran...

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025
Ekonomi

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025

CHUA KIM SOONPETALING JAYA: Jumlah tuntutan pampasan yang dibayar oleh syarikat insurans...