Home Ekonomi GCC sasar perdagangan RM758 bilion dengan ASEAN menjelang 2032
Ekonomi

GCC sasar perdagangan RM758 bilion dengan ASEAN menjelang 2032

GCC sasar perdagangan RM758 bilion dengan ASEAN menjelang 2032

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (sembilan kanan) bersama Putera Mahkota Kuwait, Sheikh Sabah AlKhalid Al-Sabah (sembilan kiri) dan Ketua-ketua negara ASEAN serta Majlis Kerjasama Teluk (GCC) bergambar pada Sidang Kemuncak ASEAN-GCC ke-2 sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 di Pusat Konvesyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, semalam. – UTUSAN/FARIZ RUSADIO

KUALA LUMPUR: Majlis Kerjasama teluk (GCC) menjangkakan pertumbuhan perdagangan antara rantau itu dengan ASEAN meningkat kepada 30 peratus atau AS$180 bilion (RM758 bilion) menjelang 2032 berbanding AS$130.7 bilion (RM550.63 bilion) tahun lalu.

Putera Mahkota Kuwait, Sheikh Sabah Khaled Al-Hamad Al-Sabah berkata, dalam bidang ekonomi dan pelaburan, GCC merupakan rakan dagang ketujuh terbesar ASEAN dengan potensi pelaburan sangat luas iaitu pertumbuhan perdagangan GCC-ASEAN melebihi AS$128 bilion (RM539.25 bilion) pada 2023.

“Ini sekali gus mencerminkan keyakinan bersama dan integrasi ekonomi yang semakin mendalam. Justeru kami menekankan kepentingan untuk terus mengukuhkan kerjasama dalam bidang ekonomi, perdagangan, pelaburan dan teknikal.

“Kami mengharapkan hasil positif dalam rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) yang sedang berlangsung antara kedua-dua pihak akan meningkatkan peluang pelaburan dan menyokong rantaian bekalan serantau,” katanya dalam ucapan pembukaannya pada Sidang Kemuncak ASEAN-GCC Ke-2, di sini semalam.

Baginda berkata, dalam bidang politik dan keselamatan, GCC menegaskan komitmen terhadap dialog konstruktif, persefahaman bersama, menghormati kedaulatan dan tidak mencampuri urusan dalaman masing-masing.

“Semua ini penting untuk meningkatkan kestabilan serantau dan antarabangsa. Kami juga menyeru pengukuhan kerjasama dalam memerangi keganasan, ekstremisme, dan jenayah terancang, meningkatkan perkongsian maklumat risikan dan memperbaiki keupayaan tindak balas krisis,” katanya.

Mengenai keselamatan tenaga dan kerjasama perubahan iklim, GCC mengesahkan bahawa keselamatan tenaga dan kelestarian alam sekitar adalah keutamaan antarabangsa utama.

“Kami menghargai kemajuan ASEAN dalam mempromosikan tenaga boleh diperbaharui dan menyatakan kesediaan untuk bertukar kepakaran dalam tenaga bersih, hidrogen hijau dan teknologi karbon rendah untuk menyokong matlamat Perjanjian Paris.

Berhubung sidang kemuncak hari ini, baginda berkata, ia penting dan merupakan satu stesen asas kepada GCC untuk mengukuhkan kerjasama antara kedua-dua pihak.

Kata baginda, ia mencerminkan hubugan erat dan memperbaharui komitmen untuk membina perkongsian strategik berasaskan kepentingan bersama dan prinsip undang-undang antarabangsa, sambil mempromosikan pembangunan inklusif dan lestari.

“Sidang Kemuncak Riyadh pertama antara kedua-dua pihak pada 20 Oktober 2023, merupakan permulaan yang berjaya untuk merangka rangka kerja kerjasama komprehensif.

“Kami berhasrat untuk membina momentum ini dengan panduan Rangka Kerjasama Strategik ASEAN-GCC 2024-2028, yang berfungsi sebagai hala tuju untuk menginstitusikan perkongsian ini dan mengubahnya menjadi mekanisme praktikal yang mampu mencapai kemajuan nyata,” katanya. – UTUSAN

Related Articles

Oasis Home muncul di Pasaran Ace pada 28.5 sen sesaham
Ekonomi

Oasis Home muncul di Pasaran Ace pada 28.5 sen sesaham

JADEN Teoh Yee Seang (dua kanan) bersama wakil syarikat dan MIDF Amanah...

Matrix Concepts catat untung bersih RM42.7 juta pada suku keempat 
Ekonomi

Matrix Concepts catat untung bersih RM42.7 juta pada suku keempat 

MATRIX ConceptsPETALING JAYA: Matrix Concepts Holdings Berhad (Matrix Concepts) mencatatkan untung bersih...

MITI kaji penggabungan HDC, Matrade
Ekonomi

MITI kaji penggabungan HDC, Matrade

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua dari kiri) bersama Tengku Zafrul...

Jepun menjadi pasaran utama TNG eWallet di luar negara
Ekonomi

Jepun menjadi pasaran utama TNG eWallet di luar negara

HERMAN Sarbini (tengah) bersama peserta menyertai sesi Theme Week Studio bersempena Osaka...