Home Ekonomi Garis Panduan Pengurusan Risiko Teknologi SC Berkuat Kuasa Hari Ini
Ekonomi

Garis Panduan Pengurusan Risiko Teknologi SC Berkuat Kuasa Hari Ini

Garis Panduan Pengurusan Risiko Teknologi SC Berkuat Kuasa Hari Ini

KUALA LUMPUR, 19 Ogos(Livevartha) –Garis Panduan Pengurusan Risiko TeknologiSuruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) yang telah disemak semula berkuat kuasa hari ini, menggantikanGaris Panduan Pengurusan Risiko Siber (GMCR).

Dalam satu kenyataan hari ini, SC berkata garis panduan yang disemak itu pada awalnya dikeluarkan pada Ogos 2023bagi membolehkan entiti pasaran modalmemahirkan diri dengan amalan pengurusan risiko, yang kini berkembang melangkaui keselamatan siber termasuk antara lain, risiko teknologi.

Oleh itu, garis panduan berkenaanmenekankan kepentingan mengukuhkan kebolehpercayaan operasi, keselamatan dan daya tahan terhadap gangguan teknologi, termasuk menetapkan jangkaan SC mengenai amalan pengurusan risiko yang akan diterima pakai oleh industri.

"Isi kandungan utama yang diliputitermasuklah proses 'pengurusan perubahan', penyedia perkhidmatan pihak ketiga, keperluan pelaporan, audit teknologi, pengawasan lembaga dan akauntabiliti terhadap risiko teknologi," katanya.

SC berkata insiden CrowdStrike baru-baru ini telah mencerminkan kelemahan infrastruktur digital dan kesan secara meluas yang boleh dialami terhadap organisasi,menekankan kepentingan peraturan seperti garis panduan dalam memperkukuh amalan daya tahan operasi.

Pengawal selia itu berkata adalah pentingbagi semua entiti pasaran modal memahami kepentingan mematuhi garis panduan ini.

"Ia bukan sahaja dapat melindungi daripada risiko teknologi serta-merta, tetapi juga membina landskap teknologi yang berdaya tahan, selamat dan beretika untuk masa hadapan.

"Inisiatif ini menggariskan usaha berterusan SC untuk mengukuhkan pasaran modal Malaysia dan keyakinan pelabur," katanya.

— Livevartha

Related Articles

Parkson Credit terbit sukuk wakalah pertama bernilai RM1 bilion
Ekonomi

Parkson Credit terbit sukuk wakalah pertama bernilai RM1 bilion

PARKSON Credit melancarkan program nota jangka sederhana Islamik bersandarkan aset (program sukuk...

Proton S70 terajui segmen C tahun lalu
Ekonomi

Proton S70 terajui segmen C tahun lalu

PROTON S70PETALING JAYA: Proton S70 mendominasi pasaran automotif Malaysia segmen C dengan...

Pertumbuhan ekonomi global diunjur perlahan kepada 2.4% tahun ini
Ekonomi

Pertumbuhan ekonomi global diunjur perlahan kepada 2.4% tahun ini

CHINA, ekonomi kedua terbesar dunia, dijangka menyaksikan pertumbuhan KDNK yang perlahan kepada...

Ekonomi

Ringgit tinggi meskipun DXY meningkat, naik berbanding mata wang lain

Foto Hiasan / FailKUALA LUMPUR, 13 Mac – Ringgit diniagakan lebih tinggi...