Home Ekonomi Forum FACT: Ruang kembangkan industri komoditi secara global
Ekonomi

Forum FACT: Ruang kembangkan industri komoditi secara global

Forum FACT bertemakan ‘Meningkatkan Sokongan Kepada Pekebun Kecil’, fokus isu komoditi dan kelestarian global/Foto Johari Abdul Ghani

KUALA LUMPUR, 14 April – Malaysia buat pertama kalinya menjadi tuan rumah Forum Perdagangan Perhutanan, Pertanian dan Komoditi (FACT) yang berlangsung bermula hari ini hingga 17 April dengan penyertaan 28 negara pengeluar dan pengguna utama.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, penganjuran FACT memberi ruang kepada negara pengeluar dan pembeli bertukar pandangan mengenai pendekatan mampan serta hala tuju industri komoditi secara inklusif.

“Tujuan kita gabungkan semua ini adalah untuk sama-sama memikirkan soal kelestarian, bagaimana kita menghasilkan komoditi sambil memelihara alam sekitar.

\”Inisiatif ini selari dengan perjuangan Malaysia dalam memastikan komoditi kita kekal mampan dan mampu menembusi pasaran global,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan pembukaan forum yang turut memberi tumpuan kepada usaha membantu pekebun kecil dalam menyesuaikan diri ke arah sistem pengeluaran lebih berdaya tahan dan mesra alam.

Forum FACT 2025 disertai 14 negara pengeluar termasuk Malaysia, Indonesia, Brazil, Cameroon, Colombia, Ghana, Liberia dan Nigeria serta 14 negara pengguna seperti United Kingdom, Belgium, Kanada, Denmark, Perancis, Itali, Jerman, Amerika Syarikat, Jepun dan Kesatuan Eropah (EU).

Dengan tema ‘Meningkatkan Sokongan Kepada Pekebun Kecil’, forum ini menjadi medan penting bagi membincangkan isu berkaitan perdagangan global, kelestarian dan masa depan industri komoditi dunia.

Related Articles

Sukar dapat dana, dorong syarikat pemula berpindah
Ekonomi

Sukar dapat dana, dorong syarikat pemula berpindah

PEMANDANGAN Kuala Lumpur.WALAUPUN ekosistem startup atau pemula niaga Malaysia terus berkembang, akses...

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah
Ekonomi

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah

KHAIRIL ANUAR MOHAMMAD ANUARPETALING JAYA: Co-opbank Pertama (CBP) menjalinkan kerjasama strategik bersama...

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE
Ekonomi

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE

DARREN Chang (tengah) ketika sidang media selepas penyenaraian syarikat itu di Pasaran...

Tealive yakin capai sasaran tembusi 13 negara tahun ini
Ekonomi

Tealive yakin capai sasaran tembusi 13 negara tahun ini

BRYAN LOO (depan, tiga dari kanan) bersama Khairy Jamaluddin (empat dari kiri)...