Home Ekonomi FBM KLCI meningkat pada sesi dagangan tengah hari
Ekonomi

FBM KLCI meningkat pada sesi dagangan tengah hari

FOTO FAIL

KUALA LUMPUR, 8 November – Bursa Malaysia meningkat dalam dagangan tengah hari Jumaat, menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang kukuh dan seiring kebanyakan pasaran serantau.

Pada 12.30 tengah hari, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 1.68 mata atau 0.10 peratus kepada 1,624.96 daripada paras 1,623.28 di akhir dagangan semalam.

Indeks petunjuk utama itu dibuka menokok 4.34 mata kepada 1,627.62 dan bergerak dalam julat 1,622.00 hingga 1,627.62 pada sesi pagi.

Sentimen pasaran bagaimanapun negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu 586 berbanding 246 manakala 464 kaunter tidak berubah, sebanyak 1,110 tidak diniagakan dan 17 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 1.66 bilion saham bernilai RM927.12 juta.

Sementara itu, Malacca Securities Sdn Bhd dalam nota penyelidikannya berkata Wall Street mencecah paras tertinggi baharu, dipacu oleh sentimen Trump yang positif.

Faktor sokongan lain adalah pengurangan kadar faedah Rizab Persekutuan AS dengan impak minat belian dijangka melimpah ke pasaran tempatan, khususnya sektor teknologi ketika persekitaran ringgit masih dilihat menguntungkan syarikat yang dipacu oleh eksport.

“Selain itu, dalam fasa menghampiri musim pelaporan pendapatan, kami percaya projek-projek pusat data yang dilaksanakan lebih awal akan mula menyumbang kepada pendapatan.

“Susulan perkembangan itu, kami menjangkakan sektor seperti pembinaan, bahan binaan dan hartanah akan mencatat prestasi lebih baik dalam masa terdekat,” katanya.

Saham wajaran tinggi menyaksikan CIMB Group naik 6.0 sen kepada RM8.24, Tenaga Nasional meraih 10.0 sen kepada RM14.46, Maybank dan Public Bank tidak berubah pada RM10.58 dan RM4.50 manakala IHH Healthcare turun 2.0 sen kepada RM7.23.

Bagi saham aktif, Microlink Solutions dan 3Ren naik 2.0 sen masing-masing kepada 16.0 sen dan 48.0 sen manakala Aizo Group kekal pada 15.0 sen.

Genetec Technology pula susut 7.5 sen kepada 85.0 sen manakala Talam Transform turun setengah sen kepada 2.0 sen.

Di papan indeks pula, Indeks FBM Emas turun 21.55 mata kepada 12,277.98, Indeks FBMT 100 susut 19.16 mata kepada 11,979.80, Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 25.92 mata kepada 12,228.38, Indeks FBM 70 merosot 145.09 mata kepada 17,833.21 dan Indeks FBM ACE menguncup 30.23 mata kepada 5,134.62.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 9.68 mata kepada 19,316.67, Indeks Tenaga meraih 2.10 mata kepada 830.08, Indeks Perladangan menokok 21.07 mata kepada 7,601.00 manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri turun 0.57 mata kepada 172.72. – Livevartha

Related Articles

Sukar dapat dana, dorong syarikat pemula berpindah
Ekonomi

Sukar dapat dana, dorong syarikat pemula berpindah

PEMANDANGAN Kuala Lumpur.WALAUPUN ekosistem startup atau pemula niaga Malaysia terus berkembang, akses...

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah
Ekonomi

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah

KHAIRIL ANUAR MOHAMMAD ANUARPETALING JAYA: Co-opbank Pertama (CBP) menjalinkan kerjasama strategik bersama...

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE
Ekonomi

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE

DARREN Chang (tengah) ketika sidang media selepas penyenaraian syarikat itu di Pasaran...

Tealive yakin capai sasaran tembusi 13 negara tahun ini
Ekonomi

Tealive yakin capai sasaran tembusi 13 negara tahun ini

BRYAN LOO (depan, tiga dari kanan) bersama Khairy Jamaluddin (empat dari kiri)...