Friday , 21 February 2025
Home Ekonomi FBM KLCI dibuka rendah, pasaran kekal berhati-hati
Ekonomi

FBM KLCI dibuka rendah, pasaran kekal berhati-hati

Foto Hiasan / Fail

KUALA LUMPUR, 19 Februari – Bursa Malaysia menyaksikan dagangan lebih rendah dalam sesi awal pada Rabu, diheret turun oleh kekurangan pemangkin baharu dan sentimen berhati-hati susulan tindakan peniaga meneliti keadaan semasa dan cabaran inflasi.

Pada 9.05 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 3.10 mata kepada 1,581.74 daripada 1,584.84 pada akhir dagangan semalam.

Indeks utama itu dibuka susut 1.62 mata kepada 1,583.22.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu 139 berbanding 129 manakala 245 kaunter lain tidak berubah, 1,812 tidak diniagakan dan 10 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 135.05 juta unit bernilai RM68.94 juta.

Ketua Penyelidikan Rakuten Trade Sdn Bhd, Kenny Yee Shen Pin berkata Wall Street ditutup tinggi sedikit semalam dengan ketiga-tiga indeks utamanya mendapat rangsangan belian lewat selepas sesi dagangan yang tidak menentu.

“Di peringkat tempatan, FBM KLCI ditutup meningkat sedikit semalam walaupun wujud petunjuk berlakunya jualan asing. Kami percaya institusi tempatan akan bertindak mengumpul saham terpilih menjelang musim pelaporan pendapatan bagi suku keempat 2024.

“Bagi hari ini, kami menjangkakan indeks bergerak dalam julat 1,580-1,590 susulan sentimen pasaran yang kekal agak berhati-hati,\” katanya dalam nota penyelidikan firma pembrokeran itu, hari ini.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank turun empat sen kepada RM10.50, Public Bank rugi dua sen kepada RM4.48 dan IHH Healthcare berkurangan satu sen kepada RM7.27 manakala CIMB dan Tenaga Nasional masing-masing tidak berubah pada RM8.40 dan RM13.94.

Ingenieur Gudang dan Harvest Miracle mendahului kaunter aktif dengan masing-masing kekal mendatar pada enam sen dan 14.5 sen.

MYEG dan Hartalega masing-masing naik tiga sen kepada RM1.06 dan RM2.64 manakala Sarawak Cable menokok satu sen kepada 12 sen.

Di papan indeks pula, Indeks FBM Emas turun 2.97 mata kepada 12,001.25, Indeks FBMT 100 susut 5.64 mata kepada 11,710.70 namun Indeks FBM Emas Shariah naik 5.74 mata kepada 11,702.07.

Indeks FBM 70 menokok 59.69 mata kepada 17,596.88 manakala Indeks FBM ACE turun 9.64 mata kepada 5,064.85.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 22.29 mata kepada 19,351.79, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.04 mata kepada 163.14, Indeks Perladangan susut 17.85 mata kepada 7,412.23 manakala Indeks Tenaga menguncup 0.94 mata kepada 790.84.-Livevartha

Related Articles

Sekatan AS beri cabaran negara bangunkan pusat data AI
Ekonomi

Sekatan AS beri cabaran negara bangunkan pusat data AI

presiden Amerika Syarikat, Donald Trump memperkenalkan tarif baharu untuk kereta import selepas...

Malaysia terajui ASEAN dalam penyediaan rumah mampu milik
Ekonomi

Malaysia terajui ASEAN dalam penyediaan rumah mampu milik

MALAYSIA hampir menepati sasaran pembinaan 500,000 rumah mampu milik menjelang akhir 2026....

Ekonomi

Pengecualian cukai kompleks logistik pintar perkukuh industri

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke / Foto BernamaSUBANG JAYA, 19 Februari – Pengecualian...

Ekonomi

Sun Life lantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai CEO Unit Takaful

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sun Life Malaysia Takaful Bhd (SLMT), Noor Azam...