Home Ekonomi Ekonomi Malaysia kukuh, Indeks Pelopor naik 3.1 peratus
Ekonomi

Ekonomi Malaysia kukuh, Indeks Pelopor naik 3.1 peratus

Ekonomi Malaysia terus mencatat perkembangan positif dengan Indeks Pelopor (IP) meningkat 3.1 peratus pada Disember 2024 kepada 113.6 mata / Foto Hiasan / Bernama

KUALA LUMPUR, 25 Februari – Ekonomi Malaysia terus mencatat perkembangan positif dengan Indeks Pelopor (IP) meningkat 3.1 peratus pada Disember 2024 kepada 113.6 mata.

Prestasi ini lebih tinggi berbanding tempoh sama tahun lalu, didorong oleh pengukuhan Indeks Perusahaan Bursa Malaysia serta peningkatan Import Benar Semi Konduktor.

Walaupun IP kekal di bawah 100 mata, ekonomi negara dijangka terus berdaya tahan disokong oleh permintaan domestik yang kukuh.

Faktor utama yang menyokong daya tahan ekonomi termasuk kenaikan gaji penjawat awam, pelarasan gaji minimum dan pengukuhan pasaran buruh.

Sementara itu, Indeks Serentak (IS), yang mengukur prestasi ekonomi semasa, mencatat peningkatan tahunan 1.8 peratus kepada 126.1 mata.

Peningkatan tersebut didorong oleh Indeks Pengeluaran Perindustrian, yang mencatat pertumbuhan kukuh 4.6 peratus dan menjadi penyumbang utama kepada prestasi ekonomi negara.

Related Articles

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024
Ekonomi

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024

SYED MOHAMED SYED IBRAHIMPETALING JAYA: Kumpulan Johor Corporation (JCorp) pertumbuhan keuntungan sebelum...

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)
Ekonomi

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)

LAKARAN artis pembangunan komersial terbaharu, Nadi (Fasa 3A).PETALING JAYA: S P Setia...

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 
Ekonomi

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 

JAHABARNISA Haja Mohideen (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran tiga model baharu...

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler
Ekonomi

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler

IXORA Ang (dua dari kiri) bersama Pengarah Urusan, Wilayah Selatan Tropicana, Ir....