Home Ekonomi Ekonomi Malaysia diunjur tumbuh 3.8 peratus pada Februari
Ekonomi

Ekonomi Malaysia diunjur tumbuh 3.8 peratus pada Februari

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 14 April- Ekonomi Malaysia diunjur mencatat pertumbuhan 3.8 peratus pada Februari 2025 berbanding tempoh sama tahun lalu, menurut anggaran Maybank Investment Bank (Maybank IB).

Unjuran itu berdasarkan prestasi positif beberapa indikator utama termasuk Indeks Pengeluaran Perindustrian, Indeks Perdagangan Pengedaran serta pengeluaran minyak sawit mentah.

Menurut bank pelaburan berkenaan, angka rasmi bagi pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku pertama tahun ini dijangka diumumkan pada Jumaat ini, berdasarkan data Januari dan Februari.

Sementara itu, perdagangan runcit bagi dua bulan pertama tahun ini turut mencatat peningkatan 5.4 peratus secara tahunan, sekali gus mengisyaratkan pertumbuhan penggunaan swasta yang lebih kukuh.

Maybank IB turut melaporkan bahawa kitaran peningkatan pelaburan kekal positif, dipacu oleh lonjakan dalam import barangan modal serta peningkatan pinjaman perbankan untuk sektor industri dan hartanah.

Langkah syarikat berorientasikan eksport menghantar stok lebih awal juga dilihat mampu mengurangkan kesan ketidaktentuan geopolitik dan perang tarif terhadap momentum ekonomi semasa.

Related Articles

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20
Ekonomi

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20

PETALING JAYA: Ringgit dijangka terus mengukuh dalam masa terdekat, berpotensi mencecah antara...

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan
Ekonomi

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan

PUTRAJAYA: Malaysia masih berada dalam kedudukan lebih baik berbanding negara serantau seperti...

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei
Ekonomi

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei

MICHAEL Chew (kiri) dan Hannah Yeoh (dua dari kanan) dalam majlis pelancaran...

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025
Ekonomi

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025

CHUA KIM SOONPETALING JAYA: Jumlah tuntutan pampasan yang dibayar oleh syarikat insurans...