Home Ekonomi Ekonomi Malaysia dijangka tumbuh perlahan, perbelanjaan pengguna kekal kukuh
Ekonomi

Ekonomi Malaysia dijangka tumbuh perlahan, perbelanjaan pengguna kekal kukuh

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 13 Mac- Maybank Investment Bank menganggarkan pertumbuhan ekonomi Malaysia tumbuh perlahan pada kadar 3.9 peratus Januari lalu, berbanding bulan sebelumnya.

Bagaimanapun, prestasi perdagangan runcit yang baik memberi isyarat perbelanjaan pengguna kekal kukuh dengan unjuran pertumbuhan sekitar 5.8 peratus.

Bank pelaburan itu menerusi anggaran KDNK bulanannya menjelaskan, peningkatan itu didorong kadar pengangguran yang rendah dan inisiatif meningkatkan pendapatan rakyat bawah Belanjawan 2025.

Ini termasuk kenaikan gaji sektor awam bermula Disember 2024, serta pelaksanaan gaji minimum baharu sebanyak RM1,700 mulai bulan lepas

Selain itu, bantuan tunai kepada golongan berpendapatan rendah turut meningkat kepada RM13 bilion tahun ini, berbanding RM10.3 bilion pada 2024.

Pada masa sama, pertumbuhan dua angka bagi import barangan modal dan peningkatan pinjaman bank untuk industri dan hartanah, kekal kukuh.

Seterusnya, mencerminkan keyakinan berterusan terhadap kitaran pelaburan negara.

Related Articles

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20
Ekonomi

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20

PETALING JAYA: Ringgit dijangka terus mengukuh dalam masa terdekat, berpotensi mencecah antara...

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan
Ekonomi

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan

PUTRAJAYA: Malaysia masih berada dalam kedudukan lebih baik berbanding negara serantau seperti...

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei
Ekonomi

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei

MICHAEL Chew (kiri) dan Hannah Yeoh (dua dari kanan) dalam majlis pelancaran...

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025
Ekonomi

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025

CHUA KIM SOONPETALING JAYA: Jumlah tuntutan pampasan yang dibayar oleh syarikat insurans...