Thursday , 23 January 2025
Home Ekonomi Ekonomi Malaysia Dijangka Terus Berkembang Meskipun Berdepan Cabaran Luar – Amir Hamzah 
Ekonomi

Ekonomi Malaysia Dijangka Terus Berkembang Meskipun Berdepan Cabaran Luar – Amir Hamzah 

Ekonomi Malaysia Dijangka Terus Berkembang Meskipun Berdepan Cabaran Luar – Amir Hamzah 

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan (Gambar fail)

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Livevartha) — Ekonomi Malaysia berada di landasan yang baik meskipun berdepan risiko kemelesetan di Amerika Syarikat (AS), kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

“Ekonomi sebenar adalah yang paling penting. Sebab itu kita melihat kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), Malaysia sememangnya kukuh.

“Kita berada di landasan yang baik dan akan terus berkembang,”katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) Inspire 2024 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai impak kemungkinan kemelesatan AS terhadap ekonomi negara.

Amir Hamzah berkata unjuran Jabatan Perangkaan Malaysia bahawa ekonomi negara akan berkembang 5.0 peratus pada separuh pertama 2024, berada pada tahap tertinggi berbanding jangkaan Kementerian Kewangan sebanyak 4.0 peratus – 5.0 peratus.

“Sebab itulah, ringgit meningkat, bukansahaja kerana AS ingin menurunkan kadar faedah tetapi turut kerana dasar yang bagus dibangunkan oleh kerajaan.

“Kita lihat ada banyak perkembangan yang baik dan tahap keyakinan juga meningkat,” katanya.

Beliau turut menyifatkan kejatuhan pasaran saham global semalam berikutan pembetulan berlebihan dan bersifat sementara dengan prestasi Bursa Malaysia dilihat pulih hari ini.

“Ia berlaku di seluruh duniakerana beberapa peristiwa yang berlakuseperti unjuran kadar pengangguran AS yang tinggi sedikitmenyebabkan keyakinan berkurangan.

Related Articles

MBSB lancar kempen ‘Simpan Berganda Menang Bergaya 4.0’
Ekonomi

MBSB lancar kempen ‘Simpan Berganda Menang Bergaya 4.0’

Pemenang kempen ‘Simpan Berganda Menang Bergaya 3.0’ MBSB Bank, Asrolhisyam Mohd Alias...

BNM kekalkan OPR pada 3.0 peratus
Ekonomi

BNM kekalkan OPR pada 3.0 peratus

PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada...

Pasaran sukuk ESG global dijangka melebihi AS bilion pada 2025
Ekonomi

Pasaran sukuk ESG global dijangka melebihi AS$50 bilion pada 2025

PETALING JAYA: Pasaran sukuk alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) global...

NIIF dijangka dilancarkan pertengahan tahun ini, jana ekonomi lebih dinamik
Ekonomi

NIIF dijangka dilancarkan pertengahan tahun ini, jana ekonomi lebih dinamik

LIEW Chin Tong (tengah) bersama Linda Yip (dua dari kanan) dan Ketua...