Home Ekonomi Ekonomi Malaysia dianggar berkembang 5.3% pada suku ketiga
Ekonomi

Ekonomi Malaysia dianggar berkembang 5.3% pada suku ketiga

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 21 Oktober- Ekonomi Malaysia dianggar berkembang 5.3 peratus pada suku tahun ketiga 2024.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, anggaran itu lanjutan daripada peningkatan kukuh 5.9 peratus pada suku tahun sebelumnya.

\”Faktor termasuk pasaran buruh yang stabil, tekanan inflasi sederhana, dasar fiskal dan monetari yang menggalakkan menyokong pertumbuhan ekonomi.

\”Aktiviti pelancongan yang pulih, perbelanjaan pengguna yang meningkat, dan pelaburan juga merangsang ekonomi,\” menurut kenyataan itu.

Prestasi ekonomi pada suku ini dipacu oleh sektor perkhidmatan dan diterajui oleh subsektor perdagangan borong dan runcit, pengangkutan dan penyimpanan dan perkhidmatan perniagaan.

Manakala sektor pembuatan mencatatkan peningkatan lebih baik, disokong oleh produk elektrik, elektronik dan optikal.

Related Articles

Sukar dapat dana, dorong syarikat pemula berpindah
Ekonomi

Sukar dapat dana, dorong syarikat pemula berpindah

PEMANDANGAN Kuala Lumpur.WALAUPUN ekosistem startup atau pemula niaga Malaysia terus berkembang, akses...

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah
Ekonomi

CBP, Perkeso tawar perlindungan SKSSR kepada suri rumah

KHAIRIL ANUAR MOHAMMAD ANUARPETALING JAYA: Co-opbank Pertama (CBP) menjalinkan kerjasama strategik bersama...

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE
Ekonomi

SAG catat premium 9.68 peratus di Pasaran ACE

DARREN Chang (tengah) ketika sidang media selepas penyenaraian syarikat itu di Pasaran...

Tealive yakin capai sasaran tembusi 13 negara tahun ini
Ekonomi

Tealive yakin capai sasaran tembusi 13 negara tahun ini

BRYAN LOO (depan, tiga dari kanan) bersama Khairy Jamaluddin (empat dari kiri)...