Home Ekonomi Dolar AS rendah dorong ringgit dibuka tinggi
Ekonomi

Dolar AS rendah dorong ringgit dibuka tinggi

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 25 April- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Jumaat berikutan mata wang Amerika Syarikat (AS) itu respons terhadap jangkaan yang meningkat mengenai penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS.

Indeks Dolar AS (DXY) merosot kepada 99.303 mata.

Pada 8.00 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.3615/3870 berbanding dolar AS daripada 4.3695/3750 pada Khamis.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit dijangka kekal positif berbanding dolar AS susulan penurunan DXY.

“Penanda aras ekuiti AS meningkat manakala hasil Perbendaharaan AS merosot apabila gesaan kepada penurunan kadar faedah yang agresif semakin kuat berikutan tarif import yang tinggi boleh menjejaskan ekonomi AS.

“Pegawai Fed seperti Christopher Waller mencadangkan penurunan kadar faedah perlu dilaksanakan berikutan tarif yang tinggi boleh memberi impak negatif kepada pasaran tenaga kerja,” katanya kepada Bernama.

Dalam negara, ringgit mengukuh berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.0528/0708 daripada 3.0670/0710 semasa ditutup semalam, naik berbanding pound kepada 5.8121/8461 daripada 5.8127/8201, bagaimanapun merosot berbanding euro kepada 4.9599/9889 daripada 4.9738/9801.

Ringgit turut diniagakan tinggi berbanding mata wang serantau.

Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.3233/3432 daripada 3.3307/3354 dan meningkat berbanding baht Thailand kepada 13.0510/1398 daripada 13.0632/0874.

Mata wang tempatan naik berbanding peso Filipina kepada 7.71/7.76 daripada 7.72/7.74 dan meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 258.4/260.1 daripada 258.9/259.4. -Livevartha

Related Articles

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion
Ekonomi

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion

PETALING JAYA: Jumlah pelaburan komited Ekuiti Nasional Bhd. (Ekuinas) bagi tahun kewangan...

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan
Ekonomi

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan

FADILLAH Yusof semasa ucaptama di Majlis Peluncuran Laporan Interim Banci Pertanian 2024...

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau
Ekonomi

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau

TENGKU ZAFRUL ABDUL AZIZKUALA LUMPUR: ASEAN boleh menjana tambahan AS$300 bilion (RM1.27...

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat
Ekonomi

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Rasionalisasi subsidi bahan api RON95 mungkin akan ditunda ke...