Saturday , 8 February 2025
Home Ekonomi Dana asing dijangka alih pelaburan ke ASEAN
Ekonomi

Dana asing dijangka alih pelaburan ke ASEAN

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 7 November- Pendirian neutral negara ASEAN kepada Amerika Syarikat (AS) berpotensi menarik dana asing untuk mengalihkan semula portfolio pelaburan ke rantau ini.

Menurut Rakuten Trade Research, pasaran China dan Hong Kong berkemungkinan bertindak balas negatif terhadap keputusan pilihan raya negara itu.

Ini akan mendorong peralihan pelabur ke pasaran Asia, dengan Malaysia antara destinasi pilihan.

Sektor utama yang dijangka menjadi tumpuan perbankan, telekomunikasi, utiliti, pembinaan dan perladangan susulan kenaikan harga minyak sawit mentah.

Firma penyelidikan itu turut mengekalkan sasaran FBM KLCI tahun ini pada paras 1,780 mata, berdasarkan nisbah harga kepada pendapatan 16.8 kali pada pertumbuhan pendapatan 15.4 peratus.

Jelas Rakuten, potensi pengurangan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS dijangka melonjakkan lagi prestasi bursa tempatan.

Related Articles

Ekonomi

Niaga hadapan KLIBOR kekal lengang minggu depan

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 8 Februari- Kontrak niaga hadapan Kadar Tawaran Antara Bank...

Ekonomi

Niaga hadapan emas dijangka didagangkan lebih tinggi minggu depan

Foto FailKUALA LUMPUR, 8 Februari– Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif...

Harga simen meningkat hingga 2.9 peratus pada Januari
Ekonomi

Harga simen meningkat hingga 2.9 peratus pada Januari

Kenaikan harga simen membimbangkan kontraktor yang mungkin menaikkan upah pembinaan bagi menampung...

Ekonomi

Nilai jualan sektor pembuatan 2024 cecah RM1.9 trilion, naik 4.6%

KUALA LUMPUR, 7 Februari – Nilai jualan sektor pembuatan bagi 2024 mencapai...